Wednesday, July 4, 2012

Kejohanan Balapan dan Padang SK Paya Bunga


28 Jun 2012 - Telah berlangsungnya Kejohanan Balapan Dan Padang SK Paya Bunga melibatkan kesemua murid dari tahun 1 hingga ke tahun 6. Kejohanan yang bertempat di padang SK Pusat Chabang Tiga telah bermula dari jam 8.00 pagi hingga ke 12 tengah hari. Murid dibahagikan kepada 3 rumah sukan iaitu Merah, Hijau dan Kuning. Pelbagai acara dipertandingkan seperti lumba lari 100 meter, 4x100 meter, lompat jauh, lontar peluru, dan sukaneka. Johan Keseluruhan dimenangi oleh rumah Hijau. Perasmian penutup kejohanan dirasmikan oleh En. Roslan b Mamat@Yusof, Penolong Pengarah MSSM/MSST Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

No comments:

Post a Comment