Saturday, June 4, 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI TERENGGANU



26 Mei 2011 - Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan di Dewan Utama, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun. Majlis yang bermula pada jam 10.30 pagi itu telah dihadiri oleh Y.A.B Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said selaku perasmi dan diiringi oleh Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, En. Razali bin Daud.


Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri tersebut telah diadakan buat kali ke-40 secara gilang gemilang. Pelbagai pihak telah hadir dan turut menyumbang wang dan tenaga bagi menjayakan majlis tersebut. Sekolah juga telah diwakili oleh Puan Guru Besar Pn. Rohaya bt Ibrahim dan seorang guru pengiring bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.


Turut serta, Guru Penolong Kanan Kurikulum SK Paya Bunga, En Ahmad Suhaimi bin Said bagi menerima Anugerah Pemimpin ICT pada majlis tersebut. Warga SKPB turut berterima kasih kepada pihak jabatan pelajaran negeri kerana telah memilih pemimpin dari SK Paya Bunga sebagai salah seorang penerima anugerah.


No comments:

Post a Comment