Friday, January 6, 2012

Hari Pertama persekolahan SKPB


3 Jan 2012 - Selamat Datang kepada murid-murid Tahun 1 yang baru melangkah ke alam persekolahan, dan selamat kembali ke sekolah kepada murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6.


Guru Besar memberi taklimat ringkas kepada ibu bapa yang hadir / menghantar anak-anak tahun 1 di hari pertama sekolah. Guru Besar juga sempat beramah mesra dengan murid-murid tahun 1 yang begitu berani dan petah bercakap.

Pengajaran pembelajaran berjalan seperti biasa dikelas-kelas lain. Lawatan Pemantauan Ketua Sektor Pengurusan Kualiti, JPN Terengganu Tg. Mohd Yusof Tg.Mansor di pagi hari pertama ke SKPB.

Hari ini juga diraikan Hari Ulangtahun Kelahiran kepada 4 orang guru yang lahir pada 1 hingga 3 Januari.Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...amin

Alhamdulillah, murid-murid kelihatan begitu bersemangat, segak, bergaya dengan uniform sekolah yang baru, sementara murid-murid tahun 1 tidak ada yang bermasalah di hari pertama persekolahan. Semoga mereka sentiasa ceria dan dapat belajar dengan baik.

No comments:

Post a Comment