Wednesday, November 18, 2015

Hari Kantin Sekolah


12 November 2015 - SK Paya Bunga telah mengadakan Hari Kantin bagi memenuhi perancangan aktiviti kokurikulum pada tahun ini. Tujuan dan objektif program ini diadakan adalah untuk mengaplikasikan adab-adab semasa berjual beli dan dapat mengeratkan silaturrahim antara warga sekolah. Aktiviti ini melibatkan semua guru dan murid-murid tahun enam.

             Guru Besar sangat berbesar hati kerana Hari Kantin berjalan dengan lancar. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua warga sekolah yang menjayakan aktiviti ini. Walaupun kami berasa penat tetapi gembira kerana boleh menyumbang tenaga kepada pihak sekolah.



























No comments:

Post a Comment