Sunday, November 29, 2015

Program Memasak Bubur Asyura


5 November 2015 - Panitia Agama Islam sekolah ini telah menganjurkan Program Memasak Bubur Asyura secara gotong-royong bagi warga SK Paya Bunga sempena sambutan Maal Hijrah 1437 H peringkat sekolah. Sebanyak 2 buah kawah bubur asyura yang telah disediakan.

               Program gotong royong ini turut bertujuan bagi memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan warga sekolah ini. Selain itu juga, program seperti ini  menjadi salah satu platform untuk membolehkan staf beramah mesra antara satu sama lain memandangkan mereka sebelum ini sibuk dengan kerja masing-masing.



































No comments:

Post a Comment