Wednesday, March 11, 2015

Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah 2015


9 Mac 2015 -  Majlis Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah telah diadakan sebagai pembuka tirai dalam usaha untuk meningkatkan minat membaca dikalangan murid dan program galakkan membaca yang dilaksanakan di SK Paya Bunga. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, En. Suhaimi bin Muhammad dan beliau menyempurnakan gimik pelancaran dengan memotong reben pada bunting sebagai simbolik permulaan pelaksanaan program NILAM bagi tahun 2015.

              Sepanjang majlis tersebut beberapa aktiviti persembahan telah diadakan seperti Pengucapan Promosi Buku,Nyanyian lagu NILAM dan lagu Mari Membaca secara beramai-ramai dan persembahan bercerita. ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
              Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pengurusan PSS atas kesungguhan dalam menjayakan pelaksanaan program NILAM di peringkat sekolah, dan mengharapkan agar semua aktiviti yang telah dirancang sempena program tersebut dapat dijalankan dengan lancar.













 




No comments:

Post a Comment