Tuesday, March 10, 2015

Mesyuarat Agung PIBG 2015



6 Mac 2015 - Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 33 telah berlangsung dengan jayanya diadakan pada hari Jumaat 6 Mac 2015. Majlis ini bermula pada jam 9 pagi bertempat di Dewan An Nur, SK Paya Bunga.Majlis ini telah dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Saufi bin Ghazali, Pegawai Khas kepada Y. Bhg. Datuk Hj Mohd Sabri bin Alwi (Pegawai Pembangunan Kuala Terengganu).

              Majlis dimulai dengan ucapan Naib YDP PIBG, En. Muhammad Zamri bin Yusof, diikuti ucapan Ketua PPD Kuala Terengganu, Encik Azahar bin Abu Bakar dan ucapan Encik Suhaimi bin Muhammad, Guru Besar SK Paya Bunga.Seterusnya ucapan perasmian disampaikan oleh Ustaz Ahmad Saufi bin Ghazali. Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai Perhubungan SK Paya Bunga, YM Ku Ahmad bin Ku Ibrahim.
              Majlis juga turut diceriakan dengan cabutan bertuah. Terima kasih kepada semua ibu bapa  yang telah hadir pada Mesyuarat Agung PIBG SK Paya Bunga kali ke-33 ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua Jawatankuasa yang telah dilantik secara sebulat suara bagi mewakili para ibu bapa serta guru SK Paya Bunga.

























No comments:

Post a Comment