17 Februari 2015 - SK Paya Bunga telah menerima kunjungan dari SK Tun Doktor Ismail, Selangor pada 17 Februari 2015 yang lalu. Lawatan ini yang terdiri di kalangan guru, kakitangan dan pekerja swasta SK Tun Doktor Ismail seramai 40 orang. Objektif lawatan penanda aras ini adalah untuk melihat perlaksanaan "Virtual Classroom" di negeri Terengganu khususnya di SK Paya Bunga ini.
Lawatan dimulakan dengan taklimat dan penerangan yang
disampaikan oleh Guru Besar iaitu Encik Suhaimi Muhammad bertempat dibilik
mesyuarat. Seterusnya, pelawat dibawa ke bilik kelas untuk melihat pengajaran
harian yang menggunakan peralatan eBook serta Smartboard Interaktif di semua
kelas tahun 1 hingga tahun 6 yang dilaksanakan oleh sekolah ini sebelum
diakhiri dengan jamuan ringan dipenghujung sesi lawatan.
No comments:
Post a Comment