Sunday, February 8, 2015

Sambutan Maulidur Rasul 1436 H


21 Januari 2015 -  Panitia Agama Islam SK Paya Bunga telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada tanggal 21 Januari yang lalu dan telah diadakan  di Dewan An-Nur, SK Paya Bunga.Tema sambutan pada tahun 1436 H ini ialah “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”.

             Pada kali ini Panitia Agama Islam telah menjemput penceramah iaitu Ustaz Mohd Ridzuan b Mahmud dan juga selaku Guru j-QAF sekolah ini. Turut diadakan pertandingan kuiz dan sesi soal jawab di antara guru dengan murid.
             Majlis berakhir pada jam 1.30 petang. Di harap majlis ini akan mampu melahirkan rasa keinsafan dan menimbulkan semangat baru dalam diri murid-murid ke arah membentuk sahsiah dan peribadi cemerlang, sejajar dengan matlamat pendidikan Islam untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan dan beramal.











No comments:

Post a Comment