Thursday, October 15, 2015

Sambutan Hari Sukan Negara


10 Oktober 2015 - Program Sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah telah diadakan pada 10 Oktober 2015 yang lalu dan bertempat di Dataran SK Paya Bunga. Majlis dimulakan dengan taklimat oleh guru bertugas dan gimik pelancaran Hari Sukan Negara.

          Program ini turut mengadakan acara senam robik yang disertai oleh semua murid dan guru SK Paya Bunga bermula jam 8.30 pagi hingga 9 .30 pagi kira-kira selama satu jam. Program senamrobik ini dikendalikan oleh Puan Intan yang dijemput khas bersama dengan guru-guru yang lain.
Setelah selesai senam robik, turut diadakan acara sukaneka yang disertai oleh semua murid.
          Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sambutan Hari Hari Sukan Negara peringkat Sekolah Kebangsaan Paya Bunga pada tahun ini.Tahniah kepada warga SK Paya Bunga kerana telah berjaya mengadakan program ini dengan jayanya.
         
































No comments:

Post a Comment