Sunday, June 14, 2015

Kem Motivasi UPSR 2015


4 Jun 2015 - SK Paya Bunga telah mengadakan satu kem motivasi UPSR bagi murid-murid tahun 6. Pihak sekolah telah menjemput 2 orang bekas murid tahun 6 sekolah ini iaitu Nur Kamilah dan Nurul Shafikah Adlina untuk memberi ceramah motivasi kepada semua murid tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR tidak lama lagi

                    Program kem motivasi ini turut menjemput seorang Pakar Motivasi iaitu Cikgu Mohd Ngah.Tujuan utama ceramah motivasi ini diadakan untuk menarik minat murid-murid bagi mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha melahirkan insan yang cemerlang dan juga berharap agar murid-murid dapat mencemerlangkan diri dan memperlengkapkan diri bagi menghadapi peperiksaan UPSR nanti.
                    Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada para Penceramah jemputan, PIBG, guru-guru dan semua pihak yang telah memberi sumbangan dan komitmen bagi menjayakan program ini. Semoga anak-anak murid kita berubah dan sedar kepentingan pelajaran dan berjaya di dalam peperiksaan khasnya murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR tidak lama lagi. Sama-samalah kita doakan kejayaan anak-anak kita. Insya Allah.





















No comments:

Post a Comment