Sunday, June 14, 2015

Sambutan Hari Guru 2015


18 Mei 2015 -  Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 18 Mei 2015 yang bertemakan Guru : Pembina Ilmu, Menyempurnakan akhlak.Majlis ini diadakan bertempat di Dewan An-Nur, SK Paya Bunga. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, Guru Malaysia, dan lagu tema hari guru tahun ini iaitu Lagu Terima Kasih Cikgu.

               Majlis ini turut mengadakan pertandingan ping pong antara guru dan murid.Selepas itu, majlis disusuli dengan acara potong kek, persembahan nyanyian murid dan nyanyian karaoke dikalangan guru-guru dan murid-murid dengan penuh kemeriahan. Majlis ini diteruskan lagi dengan upacara penyampaian cenderamata kepada semua murid dan guru, kemudian majlis ini diakhiri dengan menikmati jamuan tengah hari.
               Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Kebangsaan Paya Bunga pada tahun ini.





























No comments:

Post a Comment