Thursday, August 27, 2015

Program dan Ceramah Penjagaan Gigi


5 Ogos 2015 - Satu program dan ceramah penjagaan gigi telah diadakan pada kali ini. Beberapa orang pegawai kesihatan dan jururawat dari Klinik Pergigian Air Jernih telah hadir ke SK Paya Bunga untuk mengajar murid-murid tahun 1 hingga tahun 6 cara-cara yang betul untuk menggosok gigi. Pada masa yang sama, mereka juga memeriksa gigi murid-murid dan menasihati kepada murid agar kurangkan makan makanan yang manis seperti coklat dan gula-gula supaya gigi akan menjadi lebih sihat dan tahan lama. 

               Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Klinik Pergigian Air Jernih yang memberikan kerjasama dalam memberikan perkhimatan pergigian kepada semua murid SK Paya Bunga.








No comments:

Post a Comment