Wednesday, September 9, 2015

Majlis Solat Hajat UPSR 2015



3 September 2015 - Majlis solat hajat dan bacaan Yaasin telah diadakan pada hari Khamis malam Jumaat di Dewan An Nur SK Paya Bunga sempena murid tahun 6 bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Majlis ini berjalan dengan jayanya yang melibatkan guru, PIBG, ibu bapa dan murid.

              Majlis ini telah bermula seawal jam 7.00 malam dan berakhir pada jam 9.30 malam. Majlis ini dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah,diikuti dengan bacaan Yaasin, solat Isyak dan solat Hajat. Majlis solat hajat ini diimamkan oleh Ustaz Ridzuan.
             Semoga calon-calon UPSR pada tahun ini supaya tenang menghadapi peperiksaan UPSR dan akan mendapat keputusan yang cemerlang.









No comments:

Post a Comment