Wednesday, August 12, 2015

Majlis Khatam Al-Quran 2015


13 Julai 2015 -Panitia Agama Islam telah mengadakan Majlis Penutup Ihya Ramadhan dengan mengadakan Program Khatam Al-Quran. Majlis ini yang telah diadakan pada 13 Julai 2015,Isnin bermula pada jam 6.00 petang bertempat di Dewan An Nur SK Paya Bunga. Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YDP PIBG, Encik Muhammad Zamri bin Yusof, bacaan doa dan ucapan PK Kokurikulum, Encik Amran bin Mokhtar. Kemudian,seramai 25 orang murid yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Roslim bin Jaafar memulakan majlis khatam Al-Quran.

            Selepas itu, majlis ini diteruskan lagi dengan acara penyampaian sumbangan cenderamata kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam program khatam Al-Quran tersebut. Setelah selesai majlis, para tetamu dijemput berbuka puasa bersama-sama dan dikuti dengan solat Maghrib secara berjemaah.
























No comments:

Post a Comment