Wednesday, August 26, 2015

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan


23 Ogos 2015 - Program Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan telah dilaksanakan pada jam 8.15 pagi di Dewan An Nur, SK Paya Bunga. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Suhaimi bin Muhammad, Guru Besar SK Paya Bunga. Sebanyak 4 buah lagu patriotik telah dinyanyikan beramai-ramai oleh murid-murid dan guru-guru dengan penuh bersemangat.

             Sambutan Bulan Kemerdekaan ini merupakan satu program tahunan di sekolah ini. Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan tentang pengetahuan dan penghayatan terhadap semangat kemerdekaan di kalangan murid-murid. Secara tidak langsung, program ini berjaya menerapkan semangat cinta dan sayang akan negara kita.
           

                            









No comments:

Post a Comment