Wednesday, March 19, 2014

Acara Temasya Kejohanan Sukan Mini SKPB 2014

13 Mac 2014 -Sekolah ini telah menganjurkan Acara Temasya Kejohanan Sukan Mini melibatkan kesemua murid dari tahun 1 hingga tahun 6. Acara Temasya Kejohanan ini telah diadakan bertempat di padang SK Pusat Chabang Tiga dan bermula dari jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 12 tengah hari.

         Murid-murid dibahagikan kepada 3 rumah sukan iaitu rumah Merah, Hijau dan Kuning. Pelbagai acara dipertandingkan seperti lumba lari 50 meter, 100 meter, 4x100 meter, lompat jauh, dan lontar peluru, Turut dipertandingakan acara sukaneka seperti isi air dalam botol, susun tin, bawa bola berhalangan, leret tayar berhalangan dan lari berhalangan. Johan keseluruhan pada tahun ini dimenangi oleh rumah Hijau dan merupakan johan buat kali kedua berturut-turut.
         Selain itu, turut dipertandingkan juga acara bagi para guru dan ibu bapa iaitu acara lontar pundi kacang dalam gelung .Perasmian penutup kejohanan dirasmikan oleh Muhd Zamri Yusof mewakili  pegawai dari PPD Kuala Terengganu.
































No comments:

Post a Comment