Tuesday, March 18, 2014

Lawatan Penanda Aras ke SK Tengku Ampuan Intan dan SK Felda Jerangau Barat

11 Mac 2014 - SK Paya Bunga telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke SK Tengku Ampuan Intan dan SK Felda Jerangau Barat. Rombongan ini diketuai oleh PK1 Puan Junaidah binti Harun dan beberapa orang guru serta murid-murid. Objektif lawatan ini untuk melihat sendiri secara dekat cara pengoperasian dan pengurusan SK Tengku Ampuan Intan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) manakala lawatan ke SK Felda Jerangau Barat pula untuk melihat sendiri secara dekat dari aspek keceriaan bilik-bilik khas di sekolah itu.

            Rombongan kami dibawa melawat ke bilik-bilik khas seperti bilik Makmal Sains, Makmal Komputer, Pemulihan, Perpustakaan dan seterusnya bilik pra sekolah. Melalui lawatan ini, banyak perkara serta pembaharuan dapat diambil dan dipelajari untuk mempertingkatkan lagi mutu serta kualiti pencapaian di SK Paya Bunga dalam pelbagai perkara terutamanya dari aspek pengurusan dan keceriaan sekolah ini.
            Tahniah kepada Guru Besar dan guru-guru di kedua-dua buah sekolah tersebut kerana telah membuat banyak perubahan terhadap pengurusan,pencapaian, persekitaran dan keceriaan sekolah bak kata pepatah "Dulu lain, sekarang lain". Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada pihak rombongan kami dan semoga lawatan muhibbah ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua sekolah. Terima kasih daun keladi,lain kali jemput lagi.

SK TENGKU AMPUAN INTAN











SK FELDA JERANGAU BARAT















No comments:

Post a Comment