Sunday, March 9, 2014

Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah

9 Mac 2014 -  SK Paya Bunga hari ini telah melancarkan program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) peringkat sekolah dalam usaha untuk meningkatkan minat membaca dikalangan murid. Program NILAM yang bermatlamat untuk meningkatkan tahap dan tabiat membaca tersebut melibatkan beberapa komponen seperti aktiviti-aktiviti galakan membaca, penyediaan bahan bacaan yang bersesuaian dan mencukupi, serta mempelbagaikan masa dan ruang untuk membaca dalam pelbagai situasi dan lokasi.

                  Program NILAM di peringkat sekolah diuruskan oleh Pusat Sumber Sekolah (PSS).Majlis pelancaran NILAM SK Paya Bunga 2014 dimulakan dengan ucapan oleh Guru Besar, En. Suhaimi bin Muhammad. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepada para murid tentang kepentingan membaca dalam apa sahaja keadaan untuk memastikan agar masa yang terluang dapat diisi dengan cara yang berfaedah. Seterusnya, Majlis Perasmian ini disempurnakan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan 1 iaitu En. Iswadi Fadzly bin Md. Nor dan beliau telah menyempurnakan gimik pelancaran dengan memotong reben pada bunting sebagai simbolik permulaan pelaksanaan program NILAM bagi tahun 2014. Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah galakan membaca berupa sebuah basikal kepada pemenang yang mencatatkan jumlah bacaan tertinggi nanti. Setelah selesai perasmian, semua guru dan murid menyanyikan lagu rasmi program NILAM.
               Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pengurusan PSS atas kesungguhan dalam menjayakan pelaksanaan program NILAM di peringkat sekolah, dan mengharapkan agar semua aktiviti yang telah dirancang sempena program tersebut dapat dijalankan dengan lancar.






Gimik Pelancaran Program NILAM





Hadiah Sebuah Basikal Menanti Pemenang NILAM

No comments:

Post a Comment