Friday, March 7, 2014

Kem Motivasi dan Teknik Menjawab Soalan UPSR

1 Mac 2014 - Pada 27 Februari hingga 1 Mac 2014, sekolah ini telah mengadakan kem motivasi dan teknik menjawab soalan mata pelajaran UPSR  bagi murid Tahun 5 dan 6. Kem ini diadakan bertempat di Batu Burok Beach Resort, Kuala Terengganu. Tujuan kem ini diadakan untuk menambahkan ilmu pengetahuan murid tentang teknik menjawab soalan UPSR secara berkesan. Enam orang fasilitator dari luar telah dijemput untuk memberi tips dan kemahiran menjawab soalan bagi semua mata pelajaran UPSR.
              Turut diadakan juga program ceramah motivasi yang disampaikan oleh Pakar Motivasi iaitu Cikgu Mohd Ngah dan Tuan Guru Besar SK Paya Bunga, Encik Suhaimi bin Muhammad pada sebelah malam. Tujuan utama ceramah motivasi ini diadakan untuk menarik minat murid-murid bagi mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha melahirkan insan yang cemerlang dan juga berharap agar murid-murid dapat mencemerlangkan diri dan memperlengkapkan diri bagi menghadapi peperiksaan UPSR nanti.
             Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Para Penceramah jemputan, PIBG, guru-guru dan semua pihak yang telah memberi sumbangan dan komitmen bagi menjayakan program ini. Semoga anak-anak murid kita berubah dan sedar kepentingan pelajaran dan berjaya di dalam peperiksaan khasnya murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR tidak lama lagi. Sama-samalah kita doakan kejayaan anak-anak kita. InsyaAllah

























No comments:

Post a Comment