Wednesday, April 30, 2014

Program Solat Hajat

10 APRIL 2014 - Pada hari Khamis malam Jumaat,Unit Kurikulum bersama Panitia Agama Islam telah mengadakan Solat Hajat fasa 1 untuk murid-murid tahun 6 sempena UPSR tahun 2014. Solat hajat ini diadakan bertempat di Dewan Terbuka SK Paya Bunga.

           Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Wan Zamri.Turut hadir ialah Tuan Guru besar,En.Suhaimi bin Muhammad, Naib Pengerusi PIBG En Muhd Zamri bin Yusof, PK 1, PK HEM dan PK KO. Majlis solat hajat ini diimamkan oleh Ustaz Ridzuan.Majlis yang bermula dengan solat maghrib berjemaah pada jam 7.30 malam diikuti dengan solat hajat,bacaan yassin dan ucapan Guru Besar serta tazkirah.Semoga calon-calon UPSR 2014 tenang menghadapi peperiksaan UPSR dan akan mendapat keputusan yang cemerlang.








No comments:

Post a Comment