Thursday, August 27, 2015

Program dan Ceramah Penjagaan Gigi


5 Ogos 2015 - Satu program dan ceramah penjagaan gigi telah diadakan pada kali ini. Beberapa orang pegawai kesihatan dan jururawat dari Klinik Pergigian Air Jernih telah hadir ke SK Paya Bunga untuk mengajar murid-murid tahun 1 hingga tahun 6 cara-cara yang betul untuk menggosok gigi. Pada masa yang sama, mereka juga memeriksa gigi murid-murid dan menasihati kepada murid agar kurangkan makan makanan yang manis seperti coklat dan gula-gula supaya gigi akan menjadi lebih sihat dan tahan lama. 

Wednesday, August 26, 2015

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan


23 Ogos 2015 - Program Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan telah dilaksanakan pada jam 8.15 pagi di Dewan An Nur, SK Paya Bunga. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Suhaimi bin Muhammad, Guru Besar SK Paya Bunga. Sebanyak 4 buah lagu patriotik telah dinyanyikan beramai-ramai oleh murid-murid dan guru-guru dengan penuh bersemangat.

Wednesday, August 12, 2015

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015


25 Julai 2015 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 peringkat sekolah telah diadakan pada hari Sabtu 25 Julai 2015 bersamaan 9 Syawal 1436 H. Majlis ini dimulakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Dewan An Nur, SK Paya Bunga.

Majlis Khatam Al-Quran 2015


13 Julai 2015 -Panitia Agama Islam telah mengadakan Majlis Penutup Ihya Ramadhan dengan mengadakan Program Khatam Al-Quran. Majlis ini yang telah diadakan pada 13 Julai 2015,Isnin bermula pada jam 6.00 petang bertempat di Dewan An Nur SK Paya Bunga. Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YDP PIBG, Encik Muhammad Zamri bin Yusof, bacaan doa dan ucapan PK Kokurikulum, Encik Amran bin Mokhtar. Kemudian,seramai 25 orang murid yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Roslim bin Jaafar memulakan majlis khatam Al-Quran.

Thursday, July 16, 2015

Tuesday, July 7, 2015

Selamat Bertukar Cikgu Junaidah Harun


Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Junaidah binti Harun telah bertukar ke SK Merlimau 2, Melaka berkuatkuasa 1 Julai 2015. Beliau telah berkhidmat selama hampir 21 tahun di sekolah ini. Selamat bertugas di tempat baharu, pihak sekolah ingin mengucapkan selamat bertugas di tempat baharu dan memohon maaf seandainya ada sebarang kesalahan dan kesilapan serta berterima kasih atas jasa selama berada di sekolah ini.
               Salam perpisahan kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Junaidah binti Harun. Semoga ceria dan gembira bertugas di sekolah baru.Kami warga di SK Paya Bunga tetap mengenang jasa dan budi puan.

Sunday, June 14, 2015

Kem Motivasi UPSR 2015


4 Jun 2015 - SK Paya Bunga telah mengadakan satu kem motivasi UPSR bagi murid-murid tahun 6. Pihak sekolah telah menjemput 2 orang bekas murid tahun 6 sekolah ini iaitu Nur Kamilah dan Nurul Shafikah Adlina untuk memberi ceramah motivasi kepada semua murid tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR tidak lama lagi