Wednesday, August 12, 2015

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015


25 Julai 2015 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 peringkat sekolah telah diadakan pada hari Sabtu 25 Julai 2015 bersamaan 9 Syawal 1436 H. Majlis ini dimulakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Dewan An Nur, SK Paya Bunga.

          Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini merupakan satu program sekolah yang diadakan setiap tahun bagi tujuan untuk meraikan warga SK Paya Bunga bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri 1436H dan juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan kekeluargaan di kalangan warga sekolah ini.Turut dijemput bekas guru besar-guru besar menghadiri bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini.
          Pelbagai juadah menu disediakan iaitu nasi himpit,sate,nasi briani,ketupat air cendol,air Ribena dan kuih-kuih raya dihidangkan.Majlis ini turut mengadakan acara persembahan nyanyian murid-murid tahun 1 hingga tahun 6. Guru-guru dan kakitangan sekolah turut serta mendendangkan lagu-lagu raya. Majlis ini selesai pada kira-kira jam 1.00 petang.











































1 comment: