Tuesday, February 18, 2014

Majlis Jamuan Perpisahan Guru Besar

23 Januari 2014 - Kelab  Guru dan Kakitangan SK Paya Bunga telah mengadakan Jamuan Majlis Pertukaran Mantan Guru Besar Pn. Rohaya binti Ibrahim bertempat di Hotel Grand Puteri.Turut hadir dalam majlis ini ialah semua guru dan kakitangan sekolah termasuk Tuan Guru Besar En. Suhaimi bin Muhammad serta Ajk-Ajk PIBG sekolah.
                 Majlis yang dipengerusikan oleh juruacara Ustazah Zaipah dan seterusnya dengan bacaan doa oleh Ustaz Ridzuan.Para hadirin telah dijamukan dengan hidangan makan petang sambil menonton video kenangan mantan Guru besar SKPB iaitu Pn. Rohaya Ibrahim sepanjang beliau berada di sekolah ini .
Majlis kemudiannya diikuti dengan ucapan yang disampaikan oleh Guru Besar serta wakil PIBG dan diakhiri dengan ucapan mantan Guru besar.Dalam ucapan tersebut,beliau melahirkan rasa gembiraan kerana semua warga sekolah ini sentisa memberi kerjasama dalam memastikan sekolah ini mencipta kejayaan dan kecemerlangan. 
                Setelah selesai menjamu hidangan, Kelab  Guru dan Kakitangan SKPB telah menyampaikan hadiah berupa cenderahati untuk mantan guru besar yang telah bertugas hampir 3 tahun lamanya. Majlis bersurai pada jam 5.00 petang


















Monday, February 17, 2014

Majlis Penyerahan Duit Bantuan Khas Persekolahan Rm100 Kepada Semua Murid

22 Januari 2014 - Pada 22 Jan 2014, Rabu bermula jam 8.30 pagi, sekolah ini telah mengadakan majlis penyerahan bantuan khas persekolahan sebanyak RM100 kepada semua murid iaitu seramai 95 orang.








Thursday, February 6, 2014

Sambutan Maulidur Rasul 1435 H

16 Januari 2013 - Panitia Agama Islam SK Paya Bunga telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada tanggal 16 Januari yang lalu dan diadakan serentak dengan sekolah yang berjiran iaitu SK Tengku Ampuan Mariam untuk melakukan perarakan secara bersama bagi memeriahkan lagi Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini. Sambutan ini dijalankan di Dewan Sekolah dan melibatkan semua guru dan murid serta kakitangan sekolah.
              Tema sambutan pada tahun 1435 H ini ialah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". Selepas perhimpunan rasmi,para guru dan murid berarak mengelilingi sekitar kawasan sekolah sambil berselawat. 
Objektif sambutan ini dijalankan ialah menerapkan perasaan cinta akan Rasulullah SAW dan menilai pekerti mulia baginda dalam kehidupan seharian. Menanam semangat kerjasama dan ukhwah dalam kalangan warga sekolah melalui aktiviti yang dilaksanakan. Memupuk dan menerapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar melalui ceramah yang dianjurkan dan membudayakan sambutan hari-hari kebesaran Islam dalam kehidupan bermasyarakat.
             Pada kali ini Panitia Agama Islam telah menjemput ustaz dari SK Tanjung Gelam  iaitu Ustaz Tuan Harun bin Tuan Cob untuk menyampaikan ceramahnya. Antara yang disentuh di dalam ceramah beliau ialah beliau mengingatkan kita supaya mencintai Nabi Muhammad SAW dan menghayati sirah serta akhlak Baginda SAW. Muliakan Baginda Nabi SAW, hidup berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah dan meniru peribadi mulia Baginda. Ini kerana pada hari Kiamat nanti kita semua akan meminta pertolongan syafaat daripada Nabi Muhammad SAW. Oleh itu marilah kita bersama-sama mengamalkan ajaran Islam dan sunnah Nabi Muhammad SAW sebagai cara hidup, InsyaaAllah semoga kita diberkati di dunia dan di akhirat.























Monday, February 3, 2014

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pusat Sumber Sekolah

12 Januari 2014 -Unit HEM sekolah ini telah mengadakan majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pusat Sumber Sekolah untuk sesi persekolahan 2014 pada 12 Januari yang lalu melibatkan 34 orang murid-murid Tahun 3 hingga 6 yang telah dipilih oleh jawatankuasa pemilihan tahun ini. 
           Majlis tersebut yang bermula seawal 8.00 pagi telah disempurnakan oleh Koperal 125497 Roslan Bin Ahmad dari  Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Terengganu. Majlis ini juga dihadiri oleh Tuan Guru Besar, En. Suhaimi bin Muhammad.
           Badan Pengawas SK Paya Bunga mengucapkan tahniah kepada semua Pengawas Sekolah yang telah terpilih untuk sesi 2014, serta mengharapkan agar semua Pengawas dapat menjalankan tugas masing-masing dengan berkesan dan berdisiplin.








Ketua Pengawas Sekolah

Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah





Monday, January 6, 2014

Carta Organisasi


Hari Pertama Persekolahan SKPB

1 Januari 2014 - Bermulalah hari sesi persekolahan yang pertama bagi sekolah ini.Sama seperti sekolah yang lain ,sesi persekolahan tahun ini yang bermula pada hari Rabu menyaksikan suasana yang cukup ceria apabila murid hadir ke sekolah.Ada yang dihantar oleh ibu dan bapa dan ada yang datang sendiri.
         Bagi murid tahun 1,ianya merupakan satu permulaan baru dan kelihatan murid tahun satu begitu ceria dan tiada masalah menyesuaikan diri untuk memulakan pembelajaran hari ini.Murid tahun 2 hingga tahun 6 juga seakan menanti hari untuk belajar. Selamat datang dan kembali murid-murid ke SK Paya Bunga  2014.









Friday, January 3, 2014