Tuesday, July 16, 2013

Kursus Edmodo dalam PdP

Edmodo adalah sebuah aplikasi atas talian menggunakan internet untuk tujuan guru dan murid berkomunikasi dan mewujudkan komuniti kecil serta melibatkan diri dalam proses pembelajaran di dalam dan di luar kelas.Terdapat juga fungsi lain pada edmodo ini termasuklah Calendar, Grades, Library, Resources, penambahan Sub Group dan sebagainya. Proses pendaftaran menggunakan sistem ini cukup mudah dengan hanya masukkan email dan user id serta password guru atau murid yang hendak menggunakan sistem ini.

        10 Julai 2013 - SK Paya Bunga telah mengadakan kursus edmodo  kepada semua murid tahap 1 dan tahap 2 bertempat di kelas masing-masing..Kursus ini dijalankan pada 10 hingga 11 Julai 2013 selama dua hari berturut-turut.Kursus ini dilaksanakan oleh dua orang guru pelatih SK Paya Bunga iaitu cikgu Afiqah dan cikgu Husna.Tujuan kursus edmodo ini dijalankan untuk memberi pendedahan  bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran kepada semua murid dan guru-guru.
        Antara kandungan kursus ini ialah membina soalan online, penghantaran dan memeriksa kerja kursus online, memaparkan dan berkongsi bahan PdP yang menarik melalui hyperlink dari pelbagai sumber seperti web blog, youtube, slideshare dan sebagainya.  Para ibu bapa juga boleh menyertai laman ini dengan kod yang diberi untuk mengetahui maklumat dan pencapaian anak-anak mereka di sekolah. Melalui penggunaan laman Edmodo ini ia dapat membudayakan pembestarian, memperluaskan penggunaan ICT di kalangan guru dan murid, seterusnya dapat mewujudkan suasana PdP yang menarik dan berkesan.









 

No comments:

Post a Comment