Thursday, June 21, 2012

Lawatan Pengarah BTP Kem.Pel.Malaysia ke SK Paya Bunga, Kuala Terengganu

 

10 Jun 2012 - Pengarah BTP Kementerian Pelajaran Malaysia, Puan Hjh. Rosnani telah datang ke SK Paya Bunga, Kuala Terengganu.

Monday, May 21, 2012

TAHNIAH !!! Daripada Kami Seluruh Warga SK Paya Bunga kepada Guru Besar, Puan Rohaya bt. Ibrahim.

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2012
16 Mei 2012 - Sambutan dimulakan dengan Perhimpunan Khas sempena Hari Guru. Bacaan Perutusan Menteri Pelajaran, Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Ucapan Wakil Murid dan Ucapan Guru Besar. Nyanyian Lagu Guru Malaysia dan Lagu Tema Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan Ikrar Guru yang dipimpin oleh GPK 1.
Aktiviti sambutan termasuklah Bacaan Yassin, Tahlil, Aktiviti Mewarna Tahap 1, Program Kesedaran ICT dan Etika Penggunaan Aplikasi serta Internet Tahap 2, serta program memasak Nasi Kawah oleh guru-guru serta warga sekolah.
Sambutan diakhiri dengan jamuan Nasi Kawah. Terima kasih kepada Pegawai-Pegawai JPN, Pegawai-Pegawai PPD, Bekas Guru-Guru Besar dan guru-guru SKPB serta Pegawai-Pegawai Top IT, yang dapat hadir ke Jamuan Hari Guru SK Paya Bunga 2012.

Wednesday, May 16, 2012

Lawatan Guru-Guru dan Murid-Murid SK Sungai Berua, Hulu Terengganu ke SK Paya Bunga, Kuala Terengganu.

5 Mac 2912 - Seramai 35 orang murid dan 7 orang guru dari SK Sungai Berua telah datang ke SK Paya Bunga. Antara lain program lawatan adal untuk melihat sendiri pengajaran pembelajaran yang dijalankan di kelas maya. Warga SK Sungai Berua, diberi taklimat ringkas oleh Guru Besar SK Paya Bunga, Puan Rohaya bt. Ibrahim.

 

Murid-murid SK Sungai Berua telah diberi pasangan dari SK Paya Bunga untuk program belajar bersama menggunakan e-Book di kelas masing-masing.Mereka diberi peluang untuk menggunakan e-Book dan Smartboard yang dikendalikan oleh guru kelas. 


Adalah diharapkan dengan lawatan ini akan mengeratkan lagi silaturahim antara kedua-dua buah sekolah. Lawatan balas akan diadakan bulan Jun.



Sunday, May 6, 2012

Tahniah ! SK Paya Bunga


Tahniah Kepada Semua Warga SK Paya Bunga. SK Paya Bunga berada pada band 2 dan mendapat kedudukan ke 28 bagi negeri Terengganu dan kedudukan 749  bagi peringkat kebangsaan.

Friday, April 6, 2012

Lawatan Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah Johor Baharu bersama Guru Besar dan Penolong Kanan Daerah Johor Baharu Ke SK Paya Bunga, Kuala Terengganu.


26 Mac 2012 - Seramai hampir 40 orang pegawai-pegawai PPD, Guru Besar dan Penolong Kanan Daerah Johor Baharu, Johor yang diketuai oleh En. Kamaruddin,telah tiba di SK Paya Bunga untuk mengadakan lawatan dan melihat sendiri perjalanan Kelas Maya di sini.

Pegawai-pegawai serta rombongan telah ditaklimatkan oleh Puan Guru Besar, Pn.Rohaya Ibrahim dan Penolong Kanan Pentadbiran, En.Ahmad Suhaimi Said. Taklimat antara lain berkaitan Sejarah Sekolah ( sejak 1912 ) hingga ke Perlaksanaan "Virtual Class" di SK Paya Bunga. Mereka juga diberi peluang untuk menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam e-Book dan penggunaan smartboard.

Para peserta rombongan diberi ruang untuk melihat pengajaran pembelajaran di bilik darjah. Nyata mereka amat teruja dan tertarik dengan pengajaran pembelajaran yang dilihat.
En.Kamaruddin yang mengetuai deligasi telah menyampaikan sumbangan serta cenderamata kepada Puan Guru Besar, Pn.Rohaya dan sebaliknya juga cenderamata dari pihak SK Paya Bunga disampaikan kepada Ketua deligasi En.Kamaruddin.
Kami Seluruh Warga SK Paya Bunga mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang diberi, semoga Allah s.w.t jua akan membalasnya.

Wednesday, April 4, 2012

Program Temu Murni OTI 1 bersama ibu bapa / penjaga murid Tahun 1 hingga 6

21 Mac 2012 - Program bersama ibu bapa /penjaga murid diadakan selepas selesai murid-murid menjalani ujian OTI 1. Program yang bertujuan untuk melihat pencapaian anak-anak dan perbincangan bersama guru-guru untuk membaiki/ meningkatkan pencapaian dalam ujian akan datang juga untuk meletakkan target pencapaian anak-anak oleh ibu bapa / penjaga dalam ujian seterusnya hingga ujian akhir tahun.


Program bagi tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR diambil oleh Guru Besar, Puan Rohaya Ibrahim, yang menyampaikan taklimat serta melaporkan pencapaian murid-murid tahun 6.

Perbincangan ibu bapa dengan guru-guru diharapkan dapat menyelesaikan pelbagai masalah pembelajaran anak-anak seterusnya membawa kejayaan yang sama-sama diharapkan.