Sunday, July 14, 2013

Kejohanan Balapan dan Padang

         27 Jun 2013 - pihak SK Paya Bunga telah menganjurkan Kejohanan Balapan Dan Padang melibatkan kesemua murid dari tahun 1 hingga ke tahun 6. Kejohanan ini yang bertempat di padang SK Pusat Chabang Tiga telah bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12 tengah hari.
         Murid dibahagikan kepada 3 rumah sukan iaitu rumah Merah, Hijau dan Kuning. Pelbagai acara dipertandingkan seperti lumba lari 100 meter, 4x100 meter, lompat jauh, lontar peluru, dan acara sukaneka. Johan keseluruhan tahun ini dimenangi oleh rumah Hijau.Turut dipertandingkan juga acara bagi para guru dan ibu bapa iaitu acara lontar belon berisi air.Perasmian penutup kejohanan dirasmikan oleh Tn. Hj. Mazlan b Sulong mewakili Ketua Unit Sukan dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.











                                   





Wednesday, July 3, 2013

Kem Pecutan Kecemerlangan UPSR

          13 Jun 2013 - Pihak SK Paya Bunga telah menganjurkan Kem Pecutan Kecemerlangan UPSR selama 3 hari bertempat di SK Paya Bunga dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di Kuala Terengganu.Objektif utama kem ini ialah untuk  membuat sesi penekanan awal UPSR agar semua murid sedar dan bersedia kepada peperiksaan UPSR.
         Kem UPSR ini dijalankan pada 13 hingga 15 Jun 2013 selama 3 hari, melibatkan semua murid tahap 2 (tahun 4, 5, dan 6) dalam kem ini dengan pelbagai aktiviti termasuk kerohaniaan, motivasi dan kemahiran menjawab dalam peperiksaan  UPSR nanti.
         Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Pengarah Yayasan  Pembangunan Keluarga Terengganu, Para Penceramah jemputan, PIBG, guru-guru dan semua pihak yang telah memberi sumbangan sehingga program Kem Pecutan Kecemerlangan UPSR ini berjaya diadakan. Semoga anak-anak murid kita berubah dan sedar kepentingan pelajaran dan berjaya di dalam peperiksaan khasnya murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR tidak lama lagi. Sama-samalah kita doakan kejayaan anak-anak kita. InsyaAllah












News Strait Times - 2013


Tuesday, June 25, 2013

Lawatan INTEL Bersama Media ke SK Paya Bunga

          17 Jun 2013 - pihak INTEL membawa bersama dengan para media News Strait Times, Kosmo, Harian Metro dan Digital News Asia telah datang ke SK Paya Bunga untuk membuat liputan mengenai kejayaan negeri Terengganu melaksanakan projek e-book dan perlaksanaan "Virtual Class" dalam pengajaran dan pembelajaran .Turut hadir dalam lawatan ini ialah wakil JPNT dan wakil dari kilang TOP-IT.
         Tujuan dalam lawatan ini untuk melihat sendiri kejayaan yang direkodkan oleh tenaga pengajar serta murid-murid sekolah ini setelah dibekalkan dengan e-book dan smartboard oleh kerajaan negeri Terengganu.
         Selain itu,tujuan lawatan ini juga pihak media akan menghasilkan satu liputan meluas dan positif berkenaan projek e-book dan perlaksanaan "Virtual Class" kerana ia adalah satu projek yang boleh dibanggakam oleh kerajaan negeri Terengganu.
          Mereka telah diberi taklimat oleh Guru Besar SK Paya Bunga, Puan Rohaya Ibrahim dan Guru Besar SK Bukit Petiti, Encik Ahmad Suhaimi Said mengenai penggunaan eBook dan Smartboard dalam pengajaran dan  pembelajaran.Turut memberi taklimat, Cikgu Nasarudin ( Guru ICT SK Paya Bunga ) dan Ustaz Ridwan untuk memberi taklimat dan penerangan kepada para media tentang cara-cara penggunaan dan perlaksanaan eBook dan Smartboard dalam Pengajaran Pembelajaran.

GB SK Paya Bunga Puan Rohaya dan GB SK Bukit Petiti Encik Ahmad Suhaimi
 memberi taklimat kepada para media



Para media dari NST, Harian Metro, Kosmo dan Digital News Asia



Thursday, June 20, 2013

Aktiviti Memasak Dalam Perjumpaan Kokurikulum

           Pada 11Jun 2013 SK Paya Bunga telah mengadakan aktiviti memasak jemput-jemput dalam minggu Perjumpaan  Kokurikulum.Murid yang terlibat terdiri daripada tahun 3, tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.Tujuan aktiviti memasak ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan memasak makanan kepada ahli-ahli badan beruniform.
           Aktiviti ini juga dapat menerapkan nilai kerjasama dan menjaga kebersihan serta nilai berdikari di dalam jiwa murid-murid.










                         


Wednesday, May 22, 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013

            Pada 16 Mei 2013 Khamis,SK Paya Bunga turut menyambut Hari Guru peringkat sekolah yang bertemakan Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda bertempat di dewan sekolah SK Paya Bunga. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, Guru Malaysia, lagu Biarku Menjadi Lilin dan lagu tema hari guru 2013 iaitu Tranformasi Pendidikan Negara. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan perutusan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En. Mohd Amran bin Mokhtar dan ucapan oleh Guru Besar, Pn. Rohaya binti Ibrahim.Seterusnya bacaan ikrar pula dibaca oleh Penolong Kanan HEM, En. Zulkifli bin Maliki.
           Majlis ini dimulakan dengan program bacaan Yassin,tahlil dan doa selamat.Majlis diteruskan lagi di dewan dengan pertandingan games dikalangan murid-murid dan acara spontan iaitu persembahan karaoke di kalangan guru-guru serta murid-murid yang begitu meriah.
           Seterusnya persembahan-persembahan nyanyian daripada murid-murid tahun 1 dan tahun 6 bagi mengenangkan jasa guru yang mengajar kepada mereka selama ini.Turut dijemput bekas-bekas guru besar SK Paya Bunga.Majlis ini diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata kepada semua murid dan majlis ini diakhiri dengan menikmati jamuan tengah hari.

                            






           




Lawatan Guru Besar dan guru-guru ICT SK Padang Air ke SK Paya Bunga

8 Mei 2013 - Guru Besar SK Padang Air bersama guru-guru ICT telah datang ke SK Paya Bunga untuk melihat sendiri perjalanan Kelas Maya. Mereka telah diberi taklimat oleh Guru Besar SK Paya Bunga, Puan Rohaya Ibrahim mengenai penggunaan eBook dan Smartboard dalam pengajaran pembelajaran.Turut memberi taklimat, Cikgu Nasarudin ( Guru ICT SK Paya Bunga )yang memberi pengalaman kepada tetamu untuk menggunakan sendiri eBook dan Smartboard dalam Pengajaran Pembelajaran.