Sunday, January 9, 2011

Majlis Penyampaian E-Book Tahun 4 dan 5 (Sekolah Elit)


En Razali B Daud

Pada 4 Januari yang lalu, satu majlis pengagihan E-Book kepada murid tahun 4 dan 5. Pengagihan E-Book yang merupakan paling awal bagi sekolah di Terengganu dilaksanakan sempena SK Paya Bunga sebagai Sekolah ELIT ICT Bandaraya Kuala Terengganu dilaksanakan. Ianya bermula apabila  Ketua Sektor ICT JPNT En Nasir bin Ismail telah mengumumkan untuk mengagihkan ebook kepada murid tahun 4 dan 5 lebih awal daripada tarikh yang telah ditetapkan sebagai langkah pertama bagi merealisasikan impian Tuan Pengarah JPNT iaitu En Razali bin Daud untuk menjadikan SK Paya Bunga sebagai sekolah ELIT kawalan Daerah.

Pada hari tersebut,satu majlis penyerahan ebook kepada murid telah diadakan dengan Tuan Pengarah sendiri telah merasmikan majlis tersebut.Dalam ucapannya,beliau banyak menekankan tentang cara bagaimana untuk melonjakkan kembali nama SK Paya Bunga dimata rakyat Terengganu khususnya dan peringkat kebangsaan  amnya. Beliau juga telah menyentuh tentang gambaran yang akan berlaku apabila pemasangan semua perkakasan ICT dilaksanakan. Harapan beliau bahawa SK Paya Bunga akan menjadi satu sekolah penanda aras bagi sekolah-sekolah lain. Turut dijemput semua Ibu bapa semua murid yang  menerima ebook.

Monday, January 3, 2011

Hari pertama persekolahan di SKPB 2011


Hari pertama persekolahan SK Paya Bunga sebagai Sekolah ELIT ICT Bandaraya Kuala Terengganu telah melihat perubahan besar berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Perubahan pertama ialah pertambahan murid yang agak ketara. Kemasukkan murid bermula 2011 adalah mengikut kawalan Pejabat Pelajaran Daerah yang mewajibkan hanya murid yang mencapai 2A atau 3A sahaja di peperiksaan akhir tahun akan diterima masuk.

Alhamdulillah tahun 2010 SK Paya Bunga telah berjaya mencipta sejarah kejayaannya sendiri apabila telah berja menghasilkan peratusan kelulusan tertinggi dalam daerah Kuala Terengganu.


Friday, December 31, 2010

Selamat Bertukar Kepada GPK1 : En Ghazali Bin Muhammad

Selamat Bertukar Kepada En Ghazali Bin Muhammad (GPK1) ke SK Kepong bermula 1 Disember 2010. Terima kasih atas jasa En Ghazali Bin Muhammad selama di SK Paya Bunga.

Selamat Bertukar ...


SK Paya Bunga mengucapkan Selamat Maju Jaya dan Selamat Bertukar kepada En Mohd Ansarullah Eu Abdullah yang bertukar ke SK Seberang Takir dan En Sabudin Bin Ahmad ke PPD Kuala Terengganu. SK Paya Bunga merasakan satu kehilangan besar kepada pihak sekolah.




Tuesday, September 21, 2010

Gambar Lawatan

Galeri Gambar Lama


Wednesday, September 1, 2010

Majlis Persaraan Pn Hjh Som Bt Abd Aziz


28 Ogos 2010 - SK Paya Bunga meraikan Persaraan Puan Guru Besar, Pn Hajah Som Bt Abdul Aziz. Tanggal 28 Ogos 2010 merupakan hari akhir Puan Hajah berkhidmat di SK Paya Bunga setelah mula bertukar ke SK Paya Bunga bermula tahun 2008.

Pihak sekolah merasakan satu kehilangan besar bagi SK Paya Bunga. Semuga Allah membalas budi dan Jasa Pn Hajah Som dan sentiasa diberkatiNya. Terima Kasih dan Selamat Bersara.