Menguruskan jenazah adalah merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Namun, dalam keadaan sekarang, terlalu tipis kesedaran di kalangan generasi muda untuk mempelajari seterusnya melaksanakan tanggungjawab ini. Mereka hanya menyerahkan tugas menguruskan jenazah kepada generasi yang lebih tua. Oleh itu, atas tanggungjawab untuk memperluaskan ilmu pengurusan jenazah ini kepada pelajar, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan satu Kursus Pengurusan Jenazah bagi memberi bimbingan dan panduan dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi keadaan yang bakal dialami oleh setiap orang.
Dengan adanya kursus ini diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan agar dapat membantu menguruskan jenazah sekiranya berlaku kematian. Di samping itu juga, diharap ia nya menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia untuk menuruti jejaknya suatu hari nanti. Semoga ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan dan diamalkan agar tuntutan fardhu kifayah ini dapat dipelihara serta dapat diambil iktibar darinya. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment