Wednesday, September 11, 2013

Sambutan Merdeka Raya 1434H

29 Ogos 2013 - Majlis sambutan Merdeka Raya Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari Khamis 29 Ogos 2013 bersamaan 22 Syawal 1434 bertempat di Dewan SK Paya Bunga.Majlis ini dimulakan pada jam 8.00 pagi dimulakan dengan bacaan doa, dikuti lagu Negaraku dan lagu-lagu patriotik serta lagu sempena Hari Raya.
              Majlis Sambutan Merdeka Raya ini merupakan satu program sekolah yang diadakan setiap tahun di samping menyemarakkan Sambutan Kemerdekaan ke-56 peringkat sekolah. Ia bertujuan untuk meraikan warga SK Paya Bunga bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri 1434H dan juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan kekeluargaan di kalangan warga sekolah ini.
             Pelbagai juadah menu disediakan iaitu laksa Terengganu,nasi minyak,ketupat dan kuih-kuih raya dihidangkan.Majlis ini diserikan lagi dengan acara potongan kek sempena Hari Jadi guru-guru dan murid-murid.Majlis ini turut serta mengadakan acara persembahan nyanyian murid-murid tahun 1 hingga tahun 6 dan para guru turut serta mendendangkan lagu-lagu raya dan patriotik.Majlis ini selesai pada kira-kira jam 12.30 tengah hari..













No comments:

Post a Comment