Thursday, April 18, 2013

Kursus i-THINK


i-Think ……MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR…

Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran berfikir? Kemahiran berfikir boleh didefinasikan sebagai menggunakan minda untuk melahirkan idea-idea yang bernas, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah.  Kemahiran berfikir dibahagikan kepada Kemahiran Kritis dan Kemahiran Kreatif. Kemahiran berfikir adalah proses berfikir yang lebih tinggi.  Kemahiran menaakul membantu dalam membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama.


Pada 3 April 2013, SK Paya Bunga telah melaksanakan kursus program i-THINK kepada semua murid tahap 1 dan tahap 2.Kursus ini dilaksanakan oleh penyelaras iaitu cikgu Junaidi dan dibantu oleh semua guru yang terlibat, kursus ini bermula pada jam 2.00 petang sehingga 4.30 petang.Sekolah ini dipilih sebagai salah sebuah sekolah rintis kepada program ini.  Oleh itu atas inisiatif pihak sekolah selama  sehari kursus berkaitan i-Think telah diadakan bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru SK Paya Bunga.  Kursus ini diharapkan membantu guru-guru mempelbagaikan kaedah pengajaran disamping memenuhi impian KPM terutama merealisasikan MMI.








Kursus FROG VLE Kepada Murid

Pada 2 April 2013,sekolah ini telah melaksanakan kursus Forg VLE kepada semua murid tahun 3, 4, 5 dan 6. Kursus ini melibatkan semua murid dan dilaksanakan di dalam kelas maya masing-masing. Kursus ini dilaksanakan oleh penyelaras FROG VLE iaitu cikgu Nasarudin dan dibantu oleh cikgu Mustaqim, kursus ini bermula pada jam 2.00 petang sehingga 4.30 petang. Secara amnya, kursus ini telah berjaya dilaksanakan bagi memenuhi keperluan program. Kursus ini dibantu oleh semua guru yang telah dikelompokkan mengikut hari yang berbeza. Ini bertujuan agar guru dapat membantu murid disamping meningkatkan tahap kemahiran individu dalam penggunaan Frog VLE.



Sunday, April 7, 2013

Lawatan Pegawai-pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka ke SK Paya Bunga

20 Mac 2013 - Seramai 8 orang pegawai-pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka, telah tiba di SK Paya Bunga untuk mengadakan lawatan dan melihat sendiri perjalanan Kelas Maya di sekolah ini.


Cikgu Junaidi menerangkan tentang penggunaan Kelas Maya


Jamuan bersama Pegawai-pegawai DBP

BERGAMBAR BERSAMA DENGAN  PEGAWAI DBP


ACARA MERENTAS DESA DAN SUKANEKA SKPB 2013

14 Mac 2013 - SK Paya Bunga telah menganjurkan Pertandingan Merentas Desa dan Sukaneka peringkat sekolah yang melibatkan murid tahap1 dan tahap 2  bertempat di Terengganu Equestrian Resort  ( TER), Kuala Ibai.Seramai 85 orang murid terlibat dalam pertandingan ini.. Rumah Hijau telah memenangi acara Merentas Desa dan Piala Pusingan bagi secara Keseluruhan.








PK1,Pn Junaidah menyampaikan hadiah kepada pemenang


Thursday, March 21, 2013

Jamuan Kesyukuran Kejayaan UPSR 2012 - 5A 20% LSMP 100%

21 Mac 2013 - SK Paya Bunga telah mengadakan Majlis Kesyukuran atas kejayaan murid-murid UPSR 2012. Program dimulakan dengan majlis bacaan Yassin, tahlil dan doa selamat. Kemudian dimeriahkan lagi dengan pertandingan akhir Games.

Majlis juga diserikan dengan kehadiran Pegawai-Pegawai dari Bank Simpanan Nasional. Pelbagai aktiviti dari pihak BSN telah diadakan termasuk Kuiz yang menarik perhatian murid-murid.Murid-murid juga berpeluang untuk membuka akaun BSN dan bersama bergembira dengan AMY dan ALLY, merupakan maskot BSN bagi penabung muda. Hadiah sumbangan BSN telah disampaikan kepada murid-murid yang berjaya dalam pertandingan Games dan Kuiz. Pengarah BSN Negeri Terengganu telah menyampaikan hadiah tersebut.

Turut dijemput di majlis ini ialah bekas guru besar SK Paya Bunga, Kuala Terengganu. Majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Pihak Pentabiran SK Paya Bunga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga SK Paya Bunga dan para jemputan yang hadir.















Thursday, February 28, 2013

Mesyuarat Agung PIBG SK Paya Bunga Kali Ke-31, 2013

22 Februari 2013 - Mesyuarat Agung PIBG, SK Paya Bunga kali ke-31 telah diadakan jam 3.00 petang. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato'Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu. Majlis perasmian berjalan lancar dimulai dengan ucapan YDP PIBG, En.Shafarudin bin Mustafa, diikuti ucapan Puan Rohaya bt. Ibrahim, Guru Besar SK Paya Bunga, dan ucapan perasmian oleh Yg.Berbahgia Dato' Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh, Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu. Majlis turut dihadiri oleh En.Khairul Aswadi mewakili PPD Kuala Terengganu.




   Ucapan Perasmian oleh Ybhg Dato'Wan Ahmad Farid.

 Penyampaian Hadiah Kecemerlangan UPSR 2012
            


                                            

Gotong-Royong Perdana di Pulau Warisan 2013

Gotong-royong Perdana di Pulau Warisan yang dianjurkan oleh Pejabat DUN Bandar Kuala Terengganu pada 22 Februari 2013( Jumaat ) Jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program yang melibatkan gotong-royong membersih sekitar Pulau Warisan juga melibatkan beberapa buah sekolah rendah termasuklah semua murid dan guru-guru SK Paya Bunga.Program ini juga diserikan dengan pameran, senamrobik ( Tai ci ), sukaneka dan bermesra dengan artis media prima. Murid-murid begitu teruja dapat menyertai program khidmat masyarakat seperti ini.