Wednesday, October 17, 2012
MAKLUMAN PERGERAKAN PEGAWAI SK PAYA BUNGA DI BLOG RENDAH JPN TERENGGANU BERMULA OKTOBER 2012
Petikan dari Berita dari Unit Rendah, JPN Terengganu
Tahniah kepada mereka yang dinaikkan pangkat atau bertukar sekolah sama ada sebagai Guru Besar dan juga GPK. Harapan jabatan perubahan posisi dan kedudukan tuan/puan akan menjadi lebih baik untuk diri dan untuk sekolah yang diamanahkan.
Kita percaya bahawa tuan/puan yang bersedia memikul tugas dan amanah ini tahu beban dan cabarannya. Oleh yang demikian pihak jabatan berharap tuan/puan sentiasa bersedia melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran . Dan kita penuh yakin tuan/puan mampu menghadapi cabaran dan perubahan ini jika sentiasa terbuka untuk belajar dan berkongsi dengan orang lain terutama ahli-ahli organisasi di bawah pimpinan tuan/puan.
Sumber : Blog Unit Rendah, JPN Terengganu
Saturday, October 6, 2012
Kem Kemahiraan Belajar Bagi Tahap 2
26 September 2012 - Satu Kem Kemahiran Belajar telah diadakan bagi semua murid Tahap 2. Program ini juga merupakan salah satu program bagi PASCA UPSR murid Tahun 6. SK Paya Bunga telah menjemput Cik Norlizawati Bt Abd Rahman – Penolong Pegawai Tadbir (Program Khas) Yayasan Terengganu sebagai Fasilitator Kursus.
Antara objektif program ini adalah memberi kemahiran kepada murid amalan berkesan dalam belajar termasuk elemen kreativiti dan pemikiram kritis.
Perasmiaan Kem Kemahiran Belajar SK Paya Bunga oleh Tn Pengarah Yayasan Terengganu
26 September 2012 - SK Paya Bunga telah menjemput Pengarah Yayasan Terengganu - En Zakaria Bin Yusof bagi merasmikan Program Kemahiran Belajar bagi Semua murid Tahap 2. Turut hadir semua Ibubapa tahap 2.
Selepas perasmiaan Kem berkenaan, Tuan Pengarah Yayasan Terengganu telah diberi Taklimat Profil Sekolah dan Perjalanan Projek Kelas Maya SK Paya Bunga. Taklimat telah disampaikan oleh Pn Guru Besar dan GPK 1 SK Paya Bunga. Taklimat dan perkongsiaan telah berlangsung selama 3 jam yang juga diturut serta oleh semua GPK SK Paya Bunga.
SK Paya Bunga mengucapkan ribuan Terima Kasih atas kesudian Tuan Pengarah dan mengharapkan agar sekolah ini dijadikan anak angkat Yayasan Terengganu.
Tuesday, September 25, 2012
LAWATAN TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN ( Y.Brs. Dr. Amin bin Senin)
25 September 2012 - Y.Brs. Dr. Amin bin Senin (Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran - Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan telah berkunjung ke SK Paya Bunga bagi melihat Perjalanan Projek Kelas Maya di SK Paya Bunga. Lawatan ini turut dihadiri oleh PMO Pendidikan - En Mustafa.
Lawatan ini telah diiringgi oleh Ketua Sektor Jaminan Kualiti - Yang Mulia Tengku Mohd Yusof Tengku Mansor.
Hasil dari lawatan ini. Y.Brs Dr. Amin Bin Senin telah memberi beberapa pandangan yang membina seperti penekanan kepada nilai :-
1. Asas Interaksi Sekolah
2. Mempercepatkan maklumbalas dari guru kepada murid
Tuesday, September 18, 2012
Sunday, September 16, 2012
Friday, August 10, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)







