20 Oktober 2015 - Majlis Penutupan Kokurikulum SK Paya Bunga telah diadakan pada 20 Oktober 2015 lalu yang bertempat di Dewan An Nur SK Paya Bunga. Majlis Penutupan Kokurikulum ini telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Nazarudin bin Abu Bakar.
Objektif utama majlis ini dianjurkan untuk memberi penghargaan kepada murid yang telah mengambil bahagian untuk memegang jawatan dalam satu kumpulan sama ada persatuan, kelab atau unit beruniform. memberi peluang kepada murid-murid yang telah mengambil bahagian secara aktif, melibatkan diri di dalam sesebuah organisasi kokurikulum.Hal ini sekaligus dapat meningkatkan semangat mereka untuk kekal aktif dalam bidang kokurikulum pada masa akan datang. Selain itu, majlis ini juga dianjurkan bertujuan untuk memberi motivasi kepada murid lain untuk memulakan langkah supaya turut menjadi aktif dalam sesebuah organisasi kokurikulum
No comments:
Post a Comment