Thursday, November 22, 2012

Sambutan Perayaan 1ABAD dan Hari Anugerah Cemerlang SK Paya Bunga 2012

Sambutan Perayaan 1 ABAD SK Paya Bunga dan Majlis Hari Anugerah cemerlang 2012 - 6 November 2012 merupakan hari bersejarah bagi SK Paya Bunga kerana Sambutan Perayaan 1ABAD ( 100 tahun )dan Hari Anugerah Cemerlang telah diadakan. En.Hashim bin Mohd Zin, Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu telah menyempurnakan Majlis tersebut. Perayaan yang turut dihadiri oleh Ketua Nazir Negeri Terengganu, Tn Hj. Wan Ahmad Nizam bin Wan Hassan, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Tn.Hj.Matsor bin Ismail, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Nor Akmal bt. Abdul Fatah, YDP PIBG SK Paya Bunga, En.Shafarudin bin Mustaffa, Bekas Guru Besar-Guru Besar SK Paya Bunga, Bekas Guru-Guru dan bekas Murid SK Paya Bunga telah memeriahkan lagi majlis tersebut.
Tetamu Jemputan
Ucapan YDP PIBG En.Shafarudin bin Mustaffa
Ucapan Puan Guru Besar, Pn.Rohaya bt. Ibrahim
Ucapan Perasmian oleh Tim.Pengarah Pelajaran Terengganu,En. Hashim bin Mohd Zin
Acara-acara yang dijalankan termasuklah membunyikan loceng gantung dan memotong kek 100 tahun menandakan sambutan perayaan 100th dirasmikan. Seterusnya majlis diceriakan dengan persembahan tarian 'Rampaian 1 Abad', penyampaian hadiah kepada murid dan cenderamata kepada bekas Guru Besar dan guru-guru yang pernah mengajar di SKPB. Tetamu Jemputan dan hadirin seterusnya ke Galeri sekolah untuk perasmian Galeri dan menyaksikan pameran gambar-gambar lama, baru dan pelbagai barang-barang lama turut dipamerkan. Majlis diakhiri dengan jamuan untuk semua hadirin.

Wednesday, November 21, 2012

Thursday, November 1, 2012

Selamat Kembali Ke SK Paya Bunga ....


SK Paya Bunga sebagai satu Institusi Pendidikan tertua di Terengganu. Ditubuhkan pada 1912 dan lokasi pertamanya adalah berdekatan dengan Pasar Kedai Payang dan Pejabat Kastam Terengganu.

Sambutan 100 tahun SK Paya Bunga telah mendapat kerjasama daripada Persatuan Sejarah Malaysia Terengganu dan Muzium Negeri Terengganu. Pelbagai rencana yang telah dirancang sebelum ini sedang dilaksanakan dengan giatnya. Hebahan mengenai Sambutan 1 Abad SK Paya Bunga yang dibuat  melalui pelbagai media, antaranya Radio Terengganu FM, Radio Hot FM, Radio IKIM serta penggunaan medium Facebook dan blog sekolah telah berjaya menarik warga SK Paya Bunga (bekas murid-murid) datang ke SK Paya Bunga. Ruangan pameran dan galeri sejarah pasti mengundang nostalgia silam yang tidak terbanding nilainya.

Untuk makluman semua, SK Paya Bunga dahulunya telah berjaya melahirkan ramai tokoh terulung dan terkenal. Nama seperti Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad, Allahyarham Datuk Abu Bakar Daud - Bekas Presiden FAM, Dato' Dr. Md. Hashim Nik Omar - Pakar Perunding Perubatan Jantung Terengganu dan ramai lagi pasti tidak asing pada pendengaran kita.

Sebagaimana yang telah disebut diatas, hebahan sambutan telah berjaya mengundang kembali bekas murid murid tua. Ada di antara bekas murid yang datang ke Galeri Sejarah SK Paya Bunga, telah menitiskan air mata apabila melihat gambar lama zaman persekolahan beliau. Terlalu banyak kenangan dan budi di SK Paya Bunga.

SK Paya Bunga juga bertuah apabila menerima lawatan Professor Dr Nik Fuad - Universiti Malaysia Terengganu - bekas murid tua SK Paya Bunga.


Antara catatannya ialah:

"Saya dipindahkan dari Sek Keb Bukit Jambul selepas 1 minggu persekolahan Darjah Satu pada tahun 1958. Banyak kenangan manis dan pahit semasa bersekolah di SKPB....Saya terhutang budi kepada guru2 yang mengajar pada masa itu telah memberi semangat untuk belajar sehingga saya memperolehi ijazh Phd pada tahun 1984. Selamat maju jaya. "