Thursday, September 10, 2015

Lawatan Penanda Aras ICT dari Setiausaha Kerajaan Johor


7 September 2015 - SK Paya Bunga telah menerima kunjungan dari Setiausaha Kerajaan Johor pada 7 September 2015 yang lalu. Turut hadir menyertai dalam rombongan lawatan ini iaitu beberapa orang pegawai TOP IT dan juga pegawai dari Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu

            Objektif lawatan penanda aras ini adalah bagi melihat perjalanan dan perlaksanaan Virtual Classroom dan perkembangan ICT di negeri Terengganu khususnya di SK Paya Bunga ini.Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mohd Amran bin Mokhtar telah mengiringi para rombongan untuk dibawa masuk ke kelas tahun 5 bagi melihat sendiri perlaksanaan dan  pengajaran kelas Maya menggunakan peralatan eBook serta Smartboard Interaktif yang telah dilaksanakan oleh sekolah ini.









No comments:

Post a Comment