24 Oktober 2013 - Sekolah ini telah mengadakan Demonstrasi Memadam Kebakaran dengan kerjasama pihak Bomba Kuala Terengganu dan telah menjalankan latihan kebakaran sebagai persediaan awal bagi menghadapi situasi yang sebenar apabila berlaku kebakaran di sekolah.
Di dalam latihan ini,guru-guru serta murid diberi pendedahan mengenai langkah awal yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran di kawasan sekolah.
Antara langkah yang harus di ambil ialah :
1. Memberi perhatian terhadap bunyi loceng yang panjang.
2. Bersedia untuk bergerak ke tempat yang lapang mengikut laluan yang selamat.
3. Memastikan tidak ada murid yang masih berada di dalam kelas.
4. Memeriksa bilangan murid menggunakan buku kehadiran.
5. Melihat dan mempelajari cara-cara menggunakan Alat Pemadam Api.
Demonstrasi bermula dengan loceng kecemasan, dengan pergerakan seluruh warga sekolah ke tempat berkumpul mengikut pelan kecemasan yang telah disediakan. Kemudian, seluruh warga sekolah mendengar taklimat dari Pegawai Bomba mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diketahui oleh semua warga sekolah.
Seterusnya semua murid dan guru-guru telah ditunjukan dengan demonstrasi memadamkan kebakaran.Beberapa orang guru dan murid telah mencuba menggunakan alat pemadam api untuk memadam kebakaran. Murid-murid juga diberi peluang untuk melihat dan bertanya mengenai kenderaan dan peralatan bomba. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada pihak bomba yang telah memberi kerjasama dalam program ini.
No comments:
Post a Comment