Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini.
Untuk pengetahuan semua, di Malaysia, hari Ibu akan disambut pada 8 Mei 2011(AHAD). Sambutlah hari ini dengan mengucapkan selamat hari ibu serta ucapan jutaan terima kasih atas kasih sayang dan pengorbanan ibu kita selama ini. Disini juga cikgu ingin memaparkan sebuah cerita agung tentang pengorbanan seorang Ibu kepada anaknya...
"Nurse,boleh saya tengok bayi saya?"
Ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu,diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.
Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari,anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.
"Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga,si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk.
Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat.
"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.
Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu...
"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.
Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
"Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.
"Tak mungkin," balas si ayah.
"Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.Tunggulah,masanya akan tiba."
"Bila?" tanya si anak.
"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya.
"Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat,dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya...tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."
Lagu : Sami Yusof "Mother"
Selamat Hari Ibu kepada semua guru wanita SK Paya Bunga. Ibu kepada anak-anak dan juga ibu kepada anak murid..
ReplyDelete