Monday, May 23, 2011

Demonstrasi Memadam Kebakaran bersama Bomba Kuala Terengganu






Demonstrasi Memadam Kebakaran telah diadakan pada 19 Mei 2011 yang lalu. Pihak sekolah mendapat kerjasama yang baik dari pihak Bomba Kuala Terengganu.

Demonstrasi bermula dengan loceng kecemasan, dengan pergerakan seluruh warga sekolah ke tempat berkumpul mengikut pelan kecemasan yang telah disediakan. Kemudian, seluruh warga sekolah mendengar taklimat dari En. Abd.Rashid - Pegawai Bomba mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diketahui oleh semua warga sekolah.

Seterusnya murid-murid dan guru-guru telah ditunjukan dengan demonstrasi memadamkan kebakaran.Beberapa orang guru dan murid telah mencuba menggunakan alat pemadam api untuk memadam kebakaran. Murid-murid juga diberi peluang untuk melihat dan bertanya mengenai kenderaan dan peralatan bomba. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada pihak bomba yang telah memberi kerjasama dalam program ini.

Saturday, May 21, 2011

Selamat Hari Guru "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"












Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah diadakan pada 16 Mei 2011. Sambutan dimulakan dengan Perhimpunan Khas yang dimuatkan dengan Nyanyian Lagu Guru Malaysia dan Lagu Tema 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara '. Majlis seterusnya Bacaan Ikrar Guru.

Majlis diteruskan dengan Bacaan Perutusan Menteri Pelajaran, Bacaan Perutusan KPPM, Ucapan Guru Besar, Ucapan Wakil Murid,Ucapan Wakil PIBG. Majlis diakhiri dengan majlis memotong kek Hari Guru.

Aktiviti Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah




Aktiviti sempena Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah.

1. Pertandingan Bola Tampar antara Guru dan Murid
2. Sukaneka Antara Guru dan Murid
3. Pertandingan Boling Bersama Syarikat TOP IT
4. Persembahan Pentas Guru dan Murid

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru... Terima Kasih Cikgu

Selamat Hari Guru Kepada semua Guru khususnya Guru SK Paya Bunga yang telah banyak
menabur bakti menaikkan semula kegemilangan SK Paya Bunga ke mata dunia.

" Without you, we would have been lost.
Thank you teacher for guiding us, inspiring us
And making us what we are today.
Happy Teachers Day! 
"


To Sir With Love




 
Your Teachers
| Teacher ummi rohaya | Sir suhaimi | Teacher junaidah | Teacher wanzaimun | Sir norazmi |
 | Sir junaidi | Teacher oh | Teacher fadzlina | Teacher rokiah | Sir zulkifli | sir izwan |
| Sir wan zamri | Sir mustaqim | Sir nasarudin | Teacher rosina | Teacher roslina |
| Sir ridzwan | Sir shah | 
 
 



Wednesday, May 11, 2011

Lawatan Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu ke SKPB






Lawatan Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu Tuan Haji Matsor bin Ismail memerhatikan Kelas Maya di SK Paya Bunga.

Lawatan pada 11 Mei 2011, merupakan lawatan pertama beliau ke SK Paya Bunga setelah dilantik sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu. Warga Sekolah Kebangsaan Paya Bunga merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas lawatan tersebut.

Monday, May 9, 2011

Program Khan Academy Untuk SK Paya Bunga


SK Paya Bunga dalam proses menyertai Khan Academy bagi penglibatan murid dalam 'Online SAL' secara online. Khan Academy merupakan satu projek pembelajaran kendiri berteraskan Video dan Tutorial.  Terdapat 53,381,725 video pembelajaran matematik dan sains bermula tahap sekolah rendah sehingga ke peringkat menengah.

Tahniah atas Perlantikan Tuan...




Tahniah atas perlantikan tuan sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu. Semuga pendidikan Daerah Kuala Terenggganu terus unggul di negeri Terengganu Darul Iman. Kami warga SK Paya Bunga mengalu-alukan kedatangan dan lawatan tuan ke  SK Paya Bunga.

Wednesday, May 4, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU


Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini.

Untuk pengetahuan semua, di Malaysia, hari Ibu akan disambut pada 8 Mei 2011(AHAD). Sambutlah hari ini dengan mengucapkan selamat hari ibu serta ucapan jutaan terima kasih atas kasih sayang dan pengorbanan ibu kita selama ini. Disini juga cikgu ingin memaparkan sebuah cerita agung tentang pengorbanan seorang Ibu kepada anaknya...


"Nurse,boleh saya tengok bayi saya?"

Ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu,diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari,anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.

"Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga,si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk.

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat.

"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.

"Tak mungkin," balas si ayah.

"Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.Tunggulah,masanya akan tiba."

"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya.

"Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat,dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya...tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."



Lagu : Sami Yusof "Mother"





Sunday, May 1, 2011

Mesyuarat Agung PIBG SKPB ke 29 / 2011









29 April 2011 : 2.30 ptg - Mesyuarat Agung SKPB ke 29, telah diadakan di dewan terbuka, SK Paya Bunga. Perasmian Mesyuarat telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Mohd Sabri bin Alwi, Timbalan Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu, Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Kuala Terengganu.

Turut berucap dimajlis tersebut, Pengerusi PIBG En.Mohd Fauzi b. Mat Salleh dan Puan Guru Besar merangkap Penasihat PIBG, Puan Rohaya bt. Ibrahim. Turut Hadir ialah Tuan haji Mustaffa bin Yusof, Penolong Pegawai Pe;lajaran Daerah Kuala Terengganu.

Jawatankuasa yang baru dilantik bagi sesi 2011/2012 adala seperti beriku:
( senarai jawatakuasa dikalangan ibubapa sahaja )

  • YDP : En. Mohd Shafarudin bin Mustafa
  • Naib YDP : En. Mohd Zamri bin Yusof
  • AJK : En. Mohd Fauzi bin Mat Salleh
  • En. Wan Suhaizal bin Wan Saidi
  • En. Jefferidin
  • Pn. Jawariah
  • Pn. Safiah bt. Ismail
  • Pn. Maznah bt. Ismail
  • En. Rohaizad b. Abdullah ( Pemeriksa Kira-kira )

Tahniah kepada Jawatankuasa baru, semoga dapat berkhidmat sebaik mungkin bagi membantu SKPB menjadi lebih cemerlang dan terbilang di bidang akademik, Kokurikulum maupun prasarana sekolah.