Kita semua sudah sedia maklum dengan agenda terkini negara iaitu MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris).
KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) akan berusaha lebih gigih untuk memartabatkan bahasa Malaysia dengan mengukuhkan penggunaannya sebagai bahasa pengantar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan matlamat kerajaan dalam Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program literasi kepada murid sekolah rendah akan lebih tertumpu kepada kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia dalam semua aliran pendidikan.
Smart Reader Competition peringkat sekolah rendah dan menengah telah diadakan pada 14 April 2010 yang lalu. Seramai 6 orang pelajar ( 2 orang bagi setiap tahap; tahap 1, 2,3) telah dipilih untuk menyertai pertandingan ini yang merangkumi pelbagai kaedah dan kemahiran dalam menyahut seruan kerajaan tersebut:
Peserta-peserta dinilai pada enam tahap berbeza seperti yang dinyatakan seperti berikut:
i. Silent Reading
ii. Reading Aloud (mechanical reading)
iii. Spelling
iv. Aural Oral Comprehension
v. Retell Story
vi. Wall Dictation
Tahniah kepada semua peserta dan guru yang terlibat dalam pertandingan ini.
No comments:
Post a Comment