23 Julai 2014 -Panitia Agama Islam dengan julung kalinya telah mengadakan Majlis Penutup Ihya Ramadhan dengan mengadakan Program Khatam Al-Quran.Majlis ini yang telah diadakan pada 23 Julai 2014,Rabu bermula pada jam 6.00 petang bertempat di Dewan Terbuka SK Paya Bunga.Majlis dimulakan dengan ucapan aluan,bacaan doa dan ucapan Tuan Guru Besar.Kemudian,seramai 16 orang murid yang dipimpin oleh Ustaz Ridzuan b Mahmud telah memulakan majlis khatam Al-Quran.
Wednesday, July 30, 2014
Majlis Khatam Al-Quran
23 Julai 2014 -Panitia Agama Islam dengan julung kalinya telah mengadakan Majlis Penutup Ihya Ramadhan dengan mengadakan Program Khatam Al-Quran.Majlis ini yang telah diadakan pada 23 Julai 2014,Rabu bermula pada jam 6.00 petang bertempat di Dewan Terbuka SK Paya Bunga.Majlis dimulakan dengan ucapan aluan,bacaan doa dan ucapan Tuan Guru Besar.Kemudian,seramai 16 orang murid yang dipimpin oleh Ustaz Ridzuan b Mahmud telah memulakan majlis khatam Al-Quran.
Monday, June 30, 2014
Program Ceramah Israk Mikraj dan Sambutan Ambang Bulan Ramadhan Al-Mubarak
23 Jun 2014 - Panitia Agama Islam SK Paya Bunga telah mengadakan Program Ceramah Israk Mikraj dan Sambutan Ambang Bulan Ramadhan Al-Mubarak.Program ini diadakan pada jam 9.00 hingga 10.30 pagi bertempat di Dewan Terbuka Sk Paya Bunga.Pada kali ini Panitia Agama Islam telah menjemput ustaz dari Imam Masjid Sultan Ismail, Chendering iaitu Ustaz Ahmad Roslim Jaafar untuk menyampaikan ceramahnya
Thursday, May 29, 2014
Minggu Kecerdasan SK Paya Bunga
26 Mei 2014 - Satu program senamrobik telah diadakan sempena Minggu Kecerdasan bertempat di dataran perhimpunan sekolah. Program ini disertai oleh semua murid dan guru SK Paya Bunga bermula jam 8.00 pagi hingga 9 .00 pagi kira-kira selama satu jam. Program senamrobik ini dikendalikan oleh Puan Wan Nadiah bersama dengan guru-guru yang lain.Selepas itu, turut diadakan juga aktiviti gotong-royong membersih dan keceriaan di dalam bilik kelas dan sekitar kawasan sekolah.
Tuesday, May 27, 2014
Sambutan Hari Guru 2014
Tuesday, May 6, 2014
Perkhemahan Unit Beruniform
17 April 2014 - Perkhemahan Unit Berunifrom SK Paya Bunga telah diadakan bermula 17 hingga 19 April 2014 selama tiga hari dan dua malam telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 55 orang murid yang terlibat dalam perkhemahan ini yang terdiri daripada semua murid tahap 2 dan turut disertai juga semua murid tahun 3. Perkhemahan ini diadakan bertempat di kawasan Dataran SK Paya Bunga.
Wednesday, April 30, 2014
Demonstrasi Memadam Kebakaran
17 April 2014 - Sekolah ini telah mengadakan Demonstrasi Memadam Kebakaran dengan kerjasama pihak Bomba Kuala Terengganu dan telah menjalankan latihan kebakaran sebagai persediaan awal bagi menghadapi situasi yang sebenar apabila berlaku kebakaran di sekolah.
Demonstrasi bermula dengan loceng kecemasan, dengan pergerakan seluruh warga sekolah ke tempat berkumpul mengikut pelan kecemasan yang telah disediakan. Kemudian, seluruh warga sekolah mendengar taklimat dari Pegawai Bomba mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diketahui oleh semua warga sekolah.
Program Solat Hajat
10 APRIL 2014 - Pada hari Khamis malam Jumaat,Unit Kurikulum bersama Panitia Agama Islam telah mengadakan Solat Hajat fasa 1 untuk murid-murid tahun 6 sempena UPSR tahun 2014. Solat hajat ini diadakan bertempat di Dewan Terbuka SK Paya Bunga.
Subscribe to:
Posts (Atom)
