Monday, March 5, 2018

Rezeki itu "hak pakai" bukan "hak milik"

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.
Jujur bila berkata,
Hayati bila membaca,
Ikhlas bila menerima...

_semoga bermanfaat_

Pelancaran Program nilam,Frog VLE peringkat sekolah ada 28.2.2018








Sistem Guru Malaysia

PENGESAHAN REKOD DAFTAR PPP KPM 


Semua PPP dimohon membuat proses pengesahan rekod daftar melalui Sistem Guru Malaysia (SGMy) secara dalam talian di alamat URL https://sgmy.moe.gov.my sehingga 31 Mac 2018
Tarikh Notis :8/2/2018



https://sgmy.moe.gov.my 

Badminton bawah 12 tahun peringkat MSSD Kuala Terengganu pada 28.2.2018






Pertandingan Karnival Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi PKG Bukit Besar 2018

PERTANDINGAN KARNIVAL BM DAN BI SR 2018

PERINGKAT PKG:
PKG Bukit Besar

SEK PENGELOLA:
BM:SK Padang Hiliran
BI:SK Pusat Kuala Ibai

TARIKH PERTANDINGAN:
BM: 11.4.2018(Rabu)
BI :  26.3.2018(Isnin)

Badminton bawah 12 tahun MSST di Besut pada 1 dan 2 Mac 2018



Tahniah khas buat adik Amirul Hakimi B Ahmad Muslim kerana layak ke separuh akhir MSST Badminton bawah 12 tahun 2018.

Ujian SEGAK pada 5 Mac 2018