Wednesday, March 19, 2014

Acara Temasya Kejohanan Sukan Mini SKPB 2014

13 Mac 2014 -Sekolah ini telah menganjurkan Acara Temasya Kejohanan Sukan Mini melibatkan kesemua murid dari tahun 1 hingga tahun 6. Acara Temasya Kejohanan ini telah diadakan bertempat di padang SK Pusat Chabang Tiga dan bermula dari jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 12 tengah hari.

Tuesday, March 18, 2014

Lawatan Penanda Aras ke SK Tengku Ampuan Intan dan SK Felda Jerangau Barat

11 Mac 2014 - SK Paya Bunga telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke SK Tengku Ampuan Intan dan SK Felda Jerangau Barat. Rombongan ini diketuai oleh PK1 Puan Junaidah binti Harun dan beberapa orang guru serta murid-murid. Objektif lawatan ini untuk melihat sendiri secara dekat cara pengoperasian dan pengurusan SK Tengku Ampuan Intan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) manakala lawatan ke SK Felda Jerangau Barat pula untuk melihat sendiri secara dekat dari aspek keceriaan bilik-bilik khas di sekolah itu.

Lawatan dan Kajian Penggunaan eBook dan Projek Kelas Maya










10 Mac 2014 - Lawatan Penanda Aras dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia serta turut hadir pegawai-pegawai dari JNJK, BPSH,BPG,IPG dan BTP telah datang melawat dan membuat kajian tentang Penggunaan eBook dan perlaksanaan Kelas Maya di SK Paya Bunga.
        Objektif lawatan ini adalah melihat keberkesanan penggunaan eBook dan perlaksanaan Kelas Maya di negeri Terengganu dan bertujuan bagi penggubalan dasar membawa peranti peribadi (bring your  own  device) oleh  murid-murid ke sekolah. Rombongan ini telah diberi taklimat tentang Perlaksanaan Projek Kelas Maya oleh En Suhaimi bin Muhammad dan sesi temubual turut diadakan dengan guru-guru dan murid-murid di sekolah ini.

Sunday, March 9, 2014

Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah

9 Mac 2014 -  SK Paya Bunga hari ini telah melancarkan program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) peringkat sekolah dalam usaha untuk meningkatkan minat membaca dikalangan murid. Program NILAM yang bermatlamat untuk meningkatkan tahap dan tabiat membaca tersebut melibatkan beberapa komponen seperti aktiviti-aktiviti galakan membaca, penyediaan bahan bacaan yang bersesuaian dan mencukupi, serta mempelbagaikan masa dan ruang untuk membaca dalam pelbagai situasi dan lokasi.

Saturday, March 8, 2014

Lawatan Penanda Aras dari IPG Kampus Dato' Razali Ismail,Batu Rakit













5 Mac 2014 - Seramai 26 orang penuntut dengan diiringi oleh seorang pensyarah dari IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Batu Rakit  telah mengadakan lawatan Penanda Aras ke SK Paya Bunga pada 5 Mac 2014. Kunjungan ini telah sampai ke SKPB pada jam 8.30 pagi.
              Lawatan ini adalah bertujuan bagi memberi pendedahan awal kepada para bakal guru-guru ini kepada situasi sebenar berada di sekolah sebelum mereka memulakan sesi praktikum pada semester akan datang. Ketibaan mereka disambut oleh barisan pentadbir sekolah dan majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh En.Suhaimi b. Muhammad, Guru Besar SKPB dan memberi penerangan tentang profil sekolah ini.
               Seterusnya rombongan ini dibawa melawat ke bilik-bilik khas seperti bilik Makmal Sains, Makmal Komputer, Pemulihan, Perpustakaan dan seterusnya bilik Kemahiran Hidup serta Muzik. Di samping itu juga turut diadakan sesi beramah mesra antara murid-murid dengan para bakal guru dan sesi soal jawab.Lawatan ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.



Perkhemahan Pengakap di Kem Telaga Batin

1 Mac 2014 - Seramai 4 orang ahli Pengakap SK Paya Bunga telah menyertai Perkhemahan Pengakap peringkat Daerah Kuala Terengganu yang diadakan di Kem Telaga Batin bermula hari Khamis 27 Februari hingga Sabtu 1 Mac 2014.
             Semua sekolah di sekitar Kuala Terengganu menghantar wakil menyertai perkhemahan yang dianjurkan oleh Pengakap Kuala Terengganu ini. Tujuan perkhemahan ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama antara peserta dalam melakukan sesuatu aktiviti.Selain itu juga,ia dapat mendisiplinkan pelajar supaya mematuhi masa yang telah ditetapkan oleh komander kem dalam menjalankan aktiviti perkhemahan yang telah dirancang.Tahniah kepada peserta yang menyertai perkhemahan ini, mereka telah menerima Sijil Penyertaan dan Lencana Ketua Sekawan.








Friday, March 7, 2014

Kem Motivasi dan Teknik Menjawab Soalan UPSR

1 Mac 2014 - Pada 27 Februari hingga 1 Mac 2014, sekolah ini telah mengadakan kem motivasi dan teknik menjawab soalan mata pelajaran UPSR  bagi murid Tahun 5 dan 6. Kem ini diadakan bertempat di Batu Burok Beach Resort, Kuala Terengganu. Tujuan kem ini diadakan untuk menambahkan ilmu pengetahuan murid tentang teknik menjawab soalan UPSR secara berkesan. Enam orang fasilitator dari luar telah dijemput untuk memberi tips dan kemahiran menjawab soalan bagi semua mata pelajaran UPSR.
              Turut diadakan juga program ceramah motivasi yang disampaikan oleh Pakar Motivasi iaitu Cikgu Mohd Ngah dan Tuan Guru Besar SK Paya Bunga, Encik Suhaimi bin Muhammad pada sebelah malam. Tujuan utama ceramah motivasi ini diadakan untuk menarik minat murid-murid bagi mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha melahirkan insan yang cemerlang dan juga berharap agar murid-murid dapat mencemerlangkan diri dan memperlengkapkan diri bagi menghadapi peperiksaan UPSR nanti.
             Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Para Penceramah jemputan, PIBG, guru-guru dan semua pihak yang telah memberi sumbangan dan komitmen bagi menjayakan program ini. Semoga anak-anak murid kita berubah dan sedar kepentingan pelajaran dan berjaya di dalam peperiksaan khasnya murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR tidak lama lagi. Sama-samalah kita doakan kejayaan anak-anak kita. InsyaAllah