Wednesday, September 11, 2013

Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR Murid Tahun 6 SKPB

Pada 10 September 2013 hari Selasa bermula jam 7.30 pagi lagi, murid-murid tahun 6 yang akan mengambil UPSR telah berkumpul untuk memulakan hari pertama menghadapi peperiksaan UPSR.Murid dikumpulkan dan diberi kata-kata semangat serta berdoa kepada ALLAH agar dapat menjawab soalan peperiksaan UPSR dengan mudah dan tenang.
         Semua warga SK Paya Bunga serta ibubapa sentiasa berdoa agar murid di sekolah ini dapat menjawab soalan dengan baik dan tenang, semoga mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini




Sambutan Merdeka Raya 1434H

29 Ogos 2013 - Majlis sambutan Merdeka Raya Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari Khamis 29 Ogos 2013 bersamaan 22 Syawal 1434 bertempat di Dewan SK Paya Bunga.Majlis ini dimulakan pada jam 8.00 pagi dimulakan dengan bacaan doa, dikuti lagu Negaraku dan lagu-lagu patriotik serta lagu sempena Hari Raya.
              Majlis Sambutan Merdeka Raya ini merupakan satu program sekolah yang diadakan setiap tahun di samping menyemarakkan Sambutan Kemerdekaan ke-56 peringkat sekolah. Ia bertujuan untuk meraikan warga SK Paya Bunga bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri 1434H dan juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan kekeluargaan di kalangan warga sekolah ini.
             Pelbagai juadah menu disediakan iaitu laksa Terengganu,nasi minyak,ketupat dan kuih-kuih raya dihidangkan.Majlis ini diserikan lagi dengan acara potongan kek sempena Hari Jadi guru-guru dan murid-murid.Majlis ini turut serta mengadakan acara persembahan nyanyian murid-murid tahun 1 hingga tahun 6 dan para guru turut serta mendendangkan lagu-lagu raya dan patriotik.Majlis ini selesai pada kira-kira jam 12.30 tengah hari..













Wednesday, September 4, 2013

Jamuan Makan Durian dan Pulut Santan

27 Ogos 2013 -SK Paya Bunga telah mengadakan jamuan makan durian beserta pulut santan bertempat di dewan sekolah.Satu jamuan durian sempena musim buah-buahan tempatan pada tahun ini diadakan pada jam 2.30 petang bagi mengisi waktu aktiviti kokurikulum .Sebanyak kira-kira 50 biji durian telah dilonggokkan di dewan sekolah untuk dinikmati oleh para guru dan kakitangan sekolah bersama murid-murid sekolah ini.
              Murid-murid yang ditemui menyatakan rasa syukur dan gembira dengan murah hati pihak pentadbir dan guru-guru yang sudi mengadakan jamuan durian diadakan pada tahun ini.Selain itu,jamuan ini juga bertujuan memupuk semangat silatulrahim dikalangan guru,pentadbir dan murid-murid.


Beesssst wooooo makan durian..



Ustazah Ain dengan cg Rokiah menyediakan Pulut Santan Durian



Pergi ke kebun durian.