Tuesday, July 16, 2013

Kursus Edmodo dalam PdP

Edmodo adalah sebuah aplikasi atas talian menggunakan internet untuk tujuan guru dan murid berkomunikasi dan mewujudkan komuniti kecil serta melibatkan diri dalam proses pembelajaran di dalam dan di luar kelas.Terdapat juga fungsi lain pada edmodo ini termasuklah Calendar, Grades, Library, Resources, penambahan Sub Group dan sebagainya. Proses pendaftaran menggunakan sistem ini cukup mudah dengan hanya masukkan email dan user id serta password guru atau murid yang hendak menggunakan sistem ini.

        10 Julai 2013 - SK Paya Bunga telah mengadakan kursus edmodo  kepada semua murid tahap 1 dan tahap 2 bertempat di kelas masing-masing..Kursus ini dijalankan pada 10 hingga 11 Julai 2013 selama dua hari berturut-turut.Kursus ini dilaksanakan oleh dua orang guru pelatih SK Paya Bunga iaitu cikgu Afiqah dan cikgu Husna.Tujuan kursus edmodo ini dijalankan untuk memberi pendedahan  bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran kepada semua murid dan guru-guru.
        Antara kandungan kursus ini ialah membina soalan online, penghantaran dan memeriksa kerja kursus online, memaparkan dan berkongsi bahan PdP yang menarik melalui hyperlink dari pelbagai sumber seperti web blog, youtube, slideshare dan sebagainya.  Para ibu bapa juga boleh menyertai laman ini dengan kod yang diberi untuk mengetahui maklumat dan pencapaian anak-anak mereka di sekolah. Melalui penggunaan laman Edmodo ini ia dapat membudayakan pembestarian, memperluaskan penggunaan ICT di kalangan guru dan murid, seterusnya dapat mewujudkan suasana PdP yang menarik dan berkesan.









 

Monday, July 15, 2013

Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sebagai inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta ke arah bersatu dan menyokong satu matlamat iaitu membantu murid berjaya. Penglibatan anda mampu mengubah sistem pendidikan negara ke arah kecemerlangan dan kemenjadian murid seperti yang diharapkan.



Sila klik di sini

Jamuan Sehari Sebelum Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

9 Julai 2013 - SK Paya Bunga telah mengadakan jamuan ringan sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak.Jamuan ini dilakukan secara bergotong-royong diketuai oleh Guru Besar Rohaya bt Ibrahim serta semua warga sekolah ini. Antara juadah yang dihidangkan dalam jamuan ini ialah steamboat dan air cendol.








Sunday, July 14, 2013

Program Ceramah Israk Mikraj dan Ambang Sambutan Bulan Ramadhan Al-Mubarak

8 Julai 2013 - Sekolah ini telah mengadakan program ceramah Israk Mikraj dan sambutan ambang bulan Ramadhan Al-Mubarak.Program ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SK Paya Bunga bermula jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi.

Objektif utama program ini ialah untuk
  • menanam rasa cinta yang mendalam kepada Rasullah
  • menerapkan rasa yakin murid pada peristiwa Israk dan Mikraj
  • memberi pendedahan kepada murid tentang pentingnya mengerjakan solat dan ibadah puasa 
  • mengasah bakat murid dalam aktiviti berteraskan Islam
  • menyayangi dan menghargai kedua ibu bapa

Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan begitu baik dan lancar.Murid-murid dan para guru begitu menghayati sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ruslim selaku Imam Masjid Zainal Abidin, Ladang.







Sambutan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu

         7 Julai 2013 - Murid-murid dan guru-guru SK Paya Bunga telah pergi ke Istiadat Perbarisan dan Tembak Hormat bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-51 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.Istiadat ini bermula pada jam 7.30 dan berakhir kira-kira pada jam 10.00 pagi.










Kejohanan Balapan dan Padang

         27 Jun 2013 - pihak SK Paya Bunga telah menganjurkan Kejohanan Balapan Dan Padang melibatkan kesemua murid dari tahun 1 hingga ke tahun 6. Kejohanan ini yang bertempat di padang SK Pusat Chabang Tiga telah bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12 tengah hari.
         Murid dibahagikan kepada 3 rumah sukan iaitu rumah Merah, Hijau dan Kuning. Pelbagai acara dipertandingkan seperti lumba lari 100 meter, 4x100 meter, lompat jauh, lontar peluru, dan acara sukaneka. Johan keseluruhan tahun ini dimenangi oleh rumah Hijau.Turut dipertandingkan juga acara bagi para guru dan ibu bapa iaitu acara lontar belon berisi air.Perasmian penutup kejohanan dirasmikan oleh Tn. Hj. Mazlan b Sulong mewakili Ketua Unit Sukan dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.











                                   





Wednesday, July 3, 2013

Kem Pecutan Kecemerlangan UPSR

          13 Jun 2013 - Pihak SK Paya Bunga telah menganjurkan Kem Pecutan Kecemerlangan UPSR selama 3 hari bertempat di SK Paya Bunga dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di Kuala Terengganu.Objektif utama kem ini ialah untuk  membuat sesi penekanan awal UPSR agar semua murid sedar dan bersedia kepada peperiksaan UPSR.
         Kem UPSR ini dijalankan pada 13 hingga 15 Jun 2013 selama 3 hari, melibatkan semua murid tahap 2 (tahun 4, 5, dan 6) dalam kem ini dengan pelbagai aktiviti termasuk kerohaniaan, motivasi dan kemahiran menjawab dalam peperiksaan  UPSR nanti.
         Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Pengarah Yayasan  Pembangunan Keluarga Terengganu, Para Penceramah jemputan, PIBG, guru-guru dan semua pihak yang telah memberi sumbangan sehingga program Kem Pecutan Kecemerlangan UPSR ini berjaya diadakan. Semoga anak-anak murid kita berubah dan sedar kepentingan pelajaran dan berjaya di dalam peperiksaan khasnya murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR tidak lama lagi. Sama-samalah kita doakan kejayaan anak-anak kita. InsyaAllah