Sunday, November 29, 2015

Program Memasak Bubur Asyura


5 November 2015 - Panitia Agama Islam sekolah ini telah menganjurkan Program Memasak Bubur Asyura secara gotong-royong bagi warga SK Paya Bunga sempena sambutan Maal Hijrah 1437 H peringkat sekolah. Sebanyak 2 buah kawah bubur asyura yang telah disediakan.

Wednesday, November 18, 2015

Hari Anugerah Kecemerlangan 2015


18 November 2015 - Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan telah berlangsung dengan jayanya pada 18 November 2015, bersamaan hari Rabu bertempat di Dewan An-Nur, SK Paya Bunga. Majlis tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengah hari.

Hari Kantin Sekolah


12 November 2015 - SK Paya Bunga telah mengadakan Hari Kantin bagi memenuhi perancangan aktiviti kokurikulum pada tahun ini. Tujuan dan objektif program ini diadakan adalah untuk mengaplikasikan adab-adab semasa berjual beli dan dapat mengeratkan silaturrahim antara warga sekolah. Aktiviti ini melibatkan semua guru dan murid-murid tahun enam.

Tuesday, November 10, 2015

Gotong Royong Perdana


24 Oktober 2015 - Gotong Royong Perdana telah diadakan pada hari Sabtu 24 Oktober 2015. Gotong Royong Perdana ini telah diadakan bersama Jabatan Kesihatan Kuala Terengganu bersama JKKK kampung Paya bunga. Gotong-royong tersebut telah diadakan di sekitar dan belakang kawasan Sekolah Kebangsaan Paya Bunga.

Sunday, November 8, 2015

Kem Kecemerlangan Jawi (KCJ)


24 Oktober 2015 - Panitia Agama Islam telah mengadakan Kem Kecemerlangan Jawi (KCJ) pada 23 hingga 24 Oktober 2015 selama 2 hari iaitu hari Jumaat dan Sabtu bertempat di SK Paya Bunga.Tiga orang fasilator iaitu Ustaz Wan zamri, Ustaz Ridzuan dan Ustazah Zaipah telah memberi tunjuk ajar kepada murid-murid yang terlibat sepanjang kem ini berlangsung.