Sunday, December 14, 2014

Kursus Pengurusan Jenazah


16 November 2014 - Baru-baru ini sekolah ini melalui Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah yang bertempat di Dewan An-Nur, SK Paya Bunga. Kursus ini adalah dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu dan telah berlangsung dengan jayanya pada 16 November 2014. Semua para pelajar dan guru telah didedahkan cara-cara amali mengafankan jenazah dan amali solat jenazah.Kursus ini dikendalikan oleh penceramah jemputan luar iaitu Ustaz Hj. Mohamad bin Deraman.

Wednesday, December 10, 2014

Hari Anugerah Kecemerlangan 2014


18 November 2014 - Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan telah berlangsung pada 18 November 2014, bersamaan hari Selasa bertempat di Dewan An-Nur, SK Paya Bunga. Majlis tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Objektif utama Majlis Anugerah Kecemerlangan ini diadakan untuk memberi  penghargaan oleh pihak sekolah dan PIBG kepada para pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum tahun ini.  Penganugerahan ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang.